fbpx

Anda Yakin Produk Rambut Di Pakai Selamat? Kenali 5 Bahan Terlarang Yang Wujud Dalam Produk Penjagaan Rambut.

Menggunakan produk kecantikan termasuklah produk penjagaan rambut memerlukan kita lebih berhati-hati agar tidak menggunakan produk bahan yang terlarang di dalamnya. Realitinya, masih terdapat beberapa bahan terlarang yang masih wujud dalam sesetengah produk.

Mari kita lihat senarai bahan terlarang yang ada digunakan dalam sesetengah produk. Namun, nasihat penulis, sila dapatkan dahulu nasihat secara peribadi daripada pakar kimia atau doktor tentang kandungan yang dinyatakan ini untuk pengetahuan yang lebih mendalam.

#1- SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)

Sodium Lauryl Sulfate merupakan sejenis zat sintetik yang lazimnya digunakan untuk mencipta banyak buih. Antara kesan buruk yang boleh timbul melalui SLS ini ialah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan juga alahan. Kimia SLS ini boleh bertindak balas dengan bahan kimia lain dan menghasilkan nitrosamines. Sejenis karsinogen yang boleh menyebabkan kanser dan pelbagai masalah kesihatan lain seperti kerosakan buah pinggang.

Baca lagi : Punca-punca Botak.

#2- STEARALKONIUM CHLORIDE

Stearalkonium Chloride sebenarnya digunakan dalam industri kain sebagai pelembut fabrik. Namun terdapat juga sesetengah produk krim rambut dan juga perapi rambut yang turut mengandungi bahan ini. Bahan ini boleh menyebabkan masalah alahan pada tubuh badan.

#3- PVP/ VA COPOLYMER

Zat kimia ini terdapat dalam sesetengah produk penyembur rambut (hairspray). Dianggap beracun kerana partikel-partikelnya boleh menyebabkan kemasukan bendasing dalam paru-paru yang sensitif.

#5- PROPLYENE GLYGOL (PG)

PG boleh menyebabkan alahan. Agensi Pemelihara Alam Sekitar Amerika Syarikat ( United States Environmental   Protection Agency) telah menyenaraikan PG antara 10 bahan yang telah digunakan dalam produk rambut yang boleh memberi kesan tidak elok kepada kesihatan manusia. Selalunya dijumpai dalam produk syampu, perapi rambut dan pewarna rambut.

Baca lagi : Semak Tanda-tanda Rambut Bermasalah.

#6- FORMALDEHYDE

Banyak digunakan dalam produk kosmetik seperti syampu, pembersih kuku, pencuci badan, perapi, pembayang mata dan juga dalam bahan rawatan pengilat kuku. Bahan ini boleh menyebabkan alergik, sakit kepala dan juga lelah. Selain itu juga, bahan ini dapat melemahkan sistem imunisasi tubuh badan.

Sebagai pengguna, kita ada pilihan untuk mencari produk yang selamat digunakan. Lakukan keputusan bijak dengan memilih produk yang selamat dan diiktiraf sahaja, ok?

Suka dengan artikel tentang rambut? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

 

Leave a Reply