fbpx

Ini Adalah 7 Kesilapan Ketika Menggunakan Syampu Rambut Yang Ramai Buat

cara mencuci rambut dengan betul

Sumber gambar : Google

Rambut yang cantik, sihat dan rapi merupakan idaman ramai orang. Salah satu cara menjaga rambut ialah dengan mencucinya dengan betul, namun adakalanya tanpa kita sedari cara kita mencuci rambut adalah tidak betul. Menurut pakar rambut dari New York Nunzio Saviano dan pewarna rambut popular dari Oscar Blanc Salon, Kyle White terdapat beberapa kesilapan dalam cara mencuci rambut yang sering dilakukan oleh ramai orang. Rujukan dari artikel 7 Kesilapan Mencuci Rambut. Ok jom kita lihat senarai kesilapan berkenaan.

Baca lagi : Sebab Tidak Boleh Tidur Dengan Rambut Basah

#1. SYAMPU SEBELUM RAMBUT BASAH

Ada yang menggunakan syampu sebelum rambut belum cukup basah untuk di syampu. Cara yang betul ialah basahkan dahulu sekeliling rambut dan selepas itu baru meletakkan syampu. Sebaiknya gunakan air suam untuk membuka kutikel agar dapat menanggalkan kotoran yang melekat pada rambut dan menanggalkan minyak pada kulit kepala.

#2- TIDAK MEMAKAI PERAPI

Ada yang mencuci rambut namun tidak memakai perapi. Sebenarnya perapi juga sangat membantu dalam merapi dan melembutkan rambut. Zat perapi dapat membantu melindungi hujung rambut daripada menjadi cepat rosak dan kering. Pakai perapi terlebih dahulu dan selepas memakai perapi barulah syampu satu kepala. Sekiranya rambut anda panjang melepasi bahu, sapu perapi pada hujung rambut, biarkan sekejap dan bilas.

#3- KULIT KEPALA TIDAK DI CUCI BETUL

Adakalanya apabila kita mencuci rambut, syampu tidak terkena betul-betul dengan kulit kepala. Adalah penting untuk mencuci rambut sehingga mengenai kulit kepala kerana bahagian kulit kepala adalah bahagian yang paling berminyak.

#4- GUNA SYAMPU TERLALU BANYAK

Menggunakan syampu yang terlalu banyak juga merupakan cara yang salah dalam mencuci rambut. Sebaiknya picit syampu bersaiz hanya lebih kurang sebesar duit syiling sahaja atau sekiranya berambut lebat dan panjang, gunakan dua kali ganda daripada jumlah berkenaan. Yang penting jangan terlalu berlebihan.

#5- MENCUCI RAMBUT DENGAN KASAR

Ada yang menggosok rambut dan kulit kepala dengan kasar ketika sedang bersyampu rambut. Cara ini adalah salah kerana boleh menyebabkan rambut menjadi kusut. Sebaiknya urut rambut secara perlahan pasa hujung rambut untuk melancarkan peredaran darah dan secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan rambut.

#6- SYAMPU BERULANG KALI

Ada satu mitos iaitu untuk membuang minyak perlu syampu dua kali. namun sebenarnya sekali sudah cukup untuk membuang secara kotoran dan minyak yang melekat dan terkumpul pada rambut dan kulit kepala.

#7- BILAS RAMBUT DENGAN AIR PANAS

Jangan bilas rambut yang sudah di syampu dengan air panas sebaliknya menggunakan air sejuk untuk menutup kutikel dan lapisan kulit kepala. Pada permulaan untuk membasahkan rambut tadi kita menggunakan aior suam,. namun untuk membilasnya gunakan air sejuk.

Baca lagi : Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Mental

Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat cara mencuci rambut dengan betul juga perlu dititikberatkan. Oleh itu elakkan melakukan kesilapan dalam mencuci rambut agar rambut anda kekal sihat berseri.

Rujukan  : SirapLimau

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

Leave a Reply