fbpx

Rungsing Rambut Semakin Menipis? Ketahui Tentang Jenis-Jenis Botak.

Masalah rambut gugur yang serius merupakan satu igauan mimpi ngeri buat kebanyakan individu. Sekiranya rambut gugur dalam lingkungan 100-150 helai sehari, masih dikira normal. Tapi bayangkan sekiranya jumlah keguguran rambut yang sangat banyak berlaku dan kelihatan gugurnya seperti berkelompok sehinggakan diri sendiri berasa takut untuk melihat kulit kepala. Masalah kebotakan berlaku tidak mengira usia. Apatah lagi sekiranya terdapat dalam keturunan anda mempunyai masalah begini. Hal ini kerana genetik atau keturunan merupakan salah satu penyumbang terhadap masalah kebotakan.

Alopecia Areata

Baca lagi : Kenali Teknik Menanam Rambut

Sebenarnya terdapat beberapa jenis kategori rambut gugur atau botak. Antaranya ialah :

#1) INVOLUTIONAL ALOPECIA

Berlaku apabila seseorang itu meningkat usia. Ketika perkara ini berlaku, folikel rambut akan bertukar ke masa rehat dan ini akan menyebabkan rambut yang dihasilkan adalah pendek dan sedikit.

#2)ANDROGENIC ALOPECIA

Keguguran rambut disebabkan oleh genetik.Boleh berlaku sama ada pada wanita mahupun lelaki. Selalunya ia berlaku pada bahagian depan kepala dan tengah kepala. Bagi wanita pula penipisan rambut selalunya berlaku pada bahagian tengah wanita dan lazimnya dalam sekitar usia 40an.

#3) ALOPECIA AREATA

Botak jenis ini berlakunya disebabkan masalah autoimun iaitu sel imun badan yang menyerang folikel yang menyebabkan ianya rosak dan tidak mampu menghasilkan rambut. Selalunya kawasan botak itu berlaku secara bertompok-tompok dan tidak sekata. Hal ini mungkin boleh menyebabkan individu yang mengalami masalah ini memperoleh kemurungan dan menurunkan tahap keyakinanan diri. Namun demikian, sakit ini boleh dirawat dan sembuh.

#4)TRICHOTILLOMANIA

Lazimnya dijumpai dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai masalah psikososial. Gemar menarik-narik rambutnya sehingga mengakibatkan botak.

#5) SCARRING ALOPECIA

Botak yang disebabkan parut yang terdapat pada bahagian kulit kepala. Pelbagai sebab boleh menyebabkan parut atau radang kulit kepala. Hal ini menyebabkan sel folikel mati dan tidak mampu lagi menghasilkan rambut.

Ini adalah antara jenis-jenis botak yang wujud dalam kalangan manusia.

Baca lagi : Ciri-Ciri Rambut Bermasalah.

Oleh itu, bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut gugur yang serius sehingga menyebabkan kebotakan, anda perlu menjaga makan disamping berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Cegah sebelum keguguran menjadi semakin serius.

 

Anda Suka Dengan Artikel Ini? Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

 

Leave a Reply