fbpx

Mengenali Ciri-Ciri Rambut Bermasalah. Yang Ketiga Paling Menakutkan.

Rambut sering dikaitkan dengan mahkota lelaki dan perempuan. Hal ini demikian kerana rambut memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan dalam penampilan diri. Rambut yang cantik, sihat dan kemas dapat meningkatkan keyakinan diri. Begitu juga sebaliknya. Adakalanya rambut bermasalah dan ini pasti merisaukan kita. Mari kita lihat ciri-ciri rambut bermasalah agar dapat bertindak cepat untuk mencari jalan penyelesaiannya

#1-MUDAH PUTUS KETIKA BASAH

rambut bermasalah-02

Apabila anda menyikat rambut ketika basah perhatikan samaada rambut kelihatan seperti putus atau mudah gugur. Sekiranya ya, rambut anda dalam kondisi  tidak sihat. Anda juga dinasihatkan agar tidak kerap menyikat ketika rambut basah untuk mengelakkan keguguran yang lebih banyak. Biarkan rambut kering terlebih dahulu. Dan dapatkan rawatan selanjutnya sekiranya anda mendapati keguguran rambut semakin tidak terkawal.

Baca lagi : Kenali Teknik Menanam Rambut

#2- MELIHAT KEADAAN HUJUNG RAMBUT

rambut bermasalah-01

Perhatikan dihujung rambut anda adakah ianya kelihatan normal atau bercabang? Sekiranya bercabang atau berbuah itu tandanya rambut anda tidak sihat. Anda perlu bertindak segera memberikan rawatan terhadap rambut agar masalah berkenaan tidak berpanjangan.

#3- KEGUGURAN YANG TERLALU BANYAK

rambut bermasalah-03

Adalah normal rambut gugur dalam kuantiti tertentu pada setiap hari, namun sekiranya rambut kelihatan gugur terlalu banyak anda perlu melakukan sesuatu untuk merawatinya kerana boleh menyebabkan masalah seperti botak dan penipisan rambut. Antara rawatan rambut yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah keguguran rambut yang kritikal dan hampir botak ini ialah hair transplant.

#4- RAMBUT KELIHATAN KERING DAN KUSUT

rambut bermasalah-04

Baca lagi : Kesan Rambut Menipis Terhadap Psikologi Manusia.

Rambut kelihatan kering dan kusut juga merupakan ciri-ciri rambut yang “mati”. Ia akan menjejaskan penampilan anda dan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan sewajarnya untuk mengembalikan keserian rambut.

Sekiranya rambut anda terdapat ciri-ciri di atas, pastikan anda mendapatkan rawatan yang selanjutnya dari pakar untuk mengelakkan masalah rambut yang lebih serius berlaku. Rambut yang cantik dan bersinar bermula dari penjagaan yang rapi dan rawatan yang bersesuaian.

Anda Suka Dengan Artikel Ini? LIKE dan SHARE di facebook. Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

 

 

 

Leave a Reply