fbpx

Ini Adalah 5 Sebab Tidak Boleh Tidur Dengan Rambut Basah

Pernah tak anda terlalu letih sehingga tertidur dengan rambut basah sebelum mengeringkannya dengan sempurna? Kalau pernah diharapkan selepas membaca artikel ini anda berfikir berkali-kali sebelum tertidur lagi dalam keadaan rambut yang masih basah. Jom kita lihat 5 sebab kenapa tidak boleh tidur dalam keadaan rambut masih basah.

Baca lagi : Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Mental

#1- KELEMUMUR

tidur dengan rambut basah-01

Tidur dalam keadaan rambut masih basah boleh menyebabkan kelemumur tumbuh di kulit kepala. Hal ini kerana salah satu punca kelemumur ialah apabila kulit kepala tidak dikeringkan dengan betul.

#2- JANGKITAN KULAT

masalah rambut

Gambar hiasan sumber dari Google

Kerap tidur dalam keadaan rambut masih basah juga boleh menyebabkan jangkitan kulat ke atas kulit kepala. Hal ini kerana bakteria yang terkumpul di bantal memberi risiko jangkitan terhadap kulit kepala.

#3- MASALAH KULIT MUKA

tidur dengan rambut basah-03

Apabila anda kerap tidur dalam keadaan rambut yang masih basah, bantal anda boleh menjadi tempat terkumpulnya bakteria. Jadi ini akan memberi risiko terhadap kulit muka anda seperti ditumbuhi jerawat dan kulit kusam tidak bermaya.

#4- RAMBUT CEPAT ROSAK

tidur dengan rambut basah-04

Rambut yang tidak dikeringkan dengan baik sebelum tidur akan menyebabkannya mudah rosak dan bermasalah. Risiko untuk pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, rambut rapuh, rambut bercabang, rambung berbuah boleh muncul sekaligus menganggu kesihatan dan kecantikan rambut dan kulit kepala.

#5- BAU RAMBUT

tidur dengan rambut basah-05

Rambut yang basah apabila tidak dikeringkan dengan cara yang betul dan sempurna akan menyebabkan bau yang tidak enak. Bau syampu yang wangi pun boleh tenggelam tau kalau tidak keringkan rambut dengan betul. Jadi elakkan tidur dengan rambut terperap ke bantal macam tu ye.

Baca lagi : Ketahui 5 Punca Kelemumur

Kesimpulannya, tidur dengan rambut yang basah akan mengakibatkan pelbagai masalah rambut dan kulit timbul. Pilihlah tidur dengan rambut yang sudah dikeringkan dan kemas kerana itu adalah yang sebaiknya.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

Leave a Reply