fbpx

Atasi Kebotakan Dengan Kaedah Tanam Rambut (Hair Transplant).

Kenali teknik hair transplant-01

Masalah keguguran rambut sehingga hampir menjadi botak memang sesuatu yang merungsingkan.

Masalah keguguran rambut sehingga menyebabkan kulit kepala semakin menipis memang sesuatu yang merisaukan. Keadaan rambut yang semakin menipis atau botak di sesetengah kawasan kulit kepala boleh membuatkan imej atau penampilan seseorang itu terjejas. Sekiranya ini berlaku terhadap anda, jangan risau kerana dalam teknologi sekarang, ada kaedah berkesan yang boleh mengatasi masalah ini. Kaedah itu ialah teknik tanam rambut atau hair transplant.

Sebelum artikel ini menerangkan apa itu teknik tanam rambut (hair transplant), kita sentuh sedikit antara punca utama yang menyebabkan masalah botak dalam kalangan lelaki.

Baca lagi : Hukum Menanam Rambut Dalam Islam

Sebenarnya banyak punca keguguran rambut dalam kalangan lelaki namun antara masalah utamanya ialah berkaitan Hormon Dihydro Testosterone (DHT). Hormon ini boleh menyebabkan akar rambut menjadi lebih nipis dan seterusnya boleh menyebabkan masalah botak dalam kalangan lelaki.

Kenali teknik hair transplant-02

Male Pattern Baldness boleh di rawat dengan kaedah teknik tanam rambut atau hair transplant.

Namun, kesan hormon DHT ini hanya dibahagian rambut hadapan dan tengah sahaja. Rambut di bahagian belakang kepala tidak akan menipis kerana secara genetiknya rambut belakang adalah imun dari serangan hormon DHT.

Oleh sebab rambut di bahagian belakang kepala tidak gugur dan tidak dapat dirosakkan oleh DHT, lelaki yang mengalami masalah ini hanya akan kehilangan rambut di bahagian depan dan atas kepala saja namun rambut di belakang kepala akan kekal subur. Botak jenis ini dikenali sebagai Male Pattern Baldness.

Lelaki yang mempunyai masalah rambut kelihatan kurang menarik. Sumber gambar : shutterstock

Oleh itu, dalam rawatan hair transplant, doktor akan memindahkan sebahagian rambut di belakang kepala ke kawasan yang botak. Oleh sebab rambut ini kebal terhadap serangan DHT, maka rambut ini akan kekal subur dan akan tumbuh seperti normal.

Baca lagi : Teknik Tanpa Pembedahan (FUE) Dalam Kaedah Hair Transplant

Ia akan memanjang dan selepas itu anda boleh memotong rambut seperti biasa mengikut gaya yang anda kehendaki. Menarik kan kaedah ini. Sudah ramai yang mencubanya dan sememangnya sudah ramai yang telah dibantu untuk melebatkan kembali kawasan kulit kepala yang botak selama ini. InsyaAllah.

Rujukan : Dr. Shaharom Sulaiman, drshahhairclinic.blogspot

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

Leave a Reply