fbpx

Stress Rambut Mudah Rosak? Jom Cuba 5 Langkah Mudah Penjagaan Rambut Ni.

Rambut mudah rosak atau bermasalah memang boleh menyebabkan stress untuk sesetengah individu. Antara jenis kerosakan atau masalah rambut ini ialah rambut kusut, rambut mudah gugur, rambut rapuh, rambut bercabang, rambut berbuah dan macam-macam lagi. Tak kisah sama ada lelaki atau perempuan, pasti ada yang mengalami masalah ini kan. Jom kita lihat 5 langkah mudah untuk mengelakkan atau menghilangkan masalah rambut mudah rosak ni.

#1- PAKAI PERAPI

Rawat Rambut Bermasalah-02

Lepas mandi dah cuci rambut semua tu, jangan lupa pakai perapi untuk merapikan rambut. Pemakaian perapi dapat membantu mengekalkan kelembapan rambut disamping membuatkannya lebih mudah untuk diurus.

Baca lagi : Mengenali Ciri-Ciri Rambut Bermasalah

#2- SERUM

Rawat Rambut Bermasalah-01

Selain syampu dan perapi, sesekali pemakaian serum yang sesuai untuk rambut juga perlu untuk menyihatkan rambut. Serum juga membantu mengekalkan kelembapan rambut agar tidak mengering, mengembang dan seterusnya menyebabkan rambut kelihatan kusut.

#3-ELAKKAN MENYIKAT RAMBUT SEMASA BASAH

Rawat Rambut Bermasalah-03

Elakkan menyikat rambut ketika basah. Hal ini demikian kerana menyikat rambut ketika basah akan menyebabkan rambut mudah terputus dari akarnya. Jadi sebaiknya, pastikan rambut dah kering dulu baru sikat ya.

#4- GUNTING BAHAGIAN RAMBUT YANG ROSAK

 

 

Rawat Rambut Bermasalah-03

Cuba gunting bahagian yang bermasalah, contohnya di bahagian hujung rambut yang bercabang atau kusut. Dan lihat hasilnya selepas itu, sama ada semakin baik atau sebaliknya. Jika bermasalah juga, mungkin penyelesaian terbaik adalah berjumpa pakar untuk konsultasi dan rawatan.

#5- JANGAN PAKAI TUDUNG SEMASA RAMBUT MASIH BASAH

Rawat Rambut Bermasalah-04

Sumber gambar : jilbab.jejualan.com/Google

Yang ini penting, khas untuk kaum hawa yang bertudung. Pastikan rambut kering terlebih dahulu sebelum memakai anak tudung dan tudung. Ini untuk mengelakkan masalah lain timbul seperti kulit kepala berkelemumur, rambut menjadi berbuah, berbau dan sebagainya. Pastikan keringkan rambut dulu baru pakai tudung ya.

Baca lagi :  Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung.

Ini adalah antara cara mudah penjagaan rambut bagi mengelakkannya menjadi mudah rosak. Namun sekiranya rambut tetap bermasalah dalam jangka masa yang panjang,mungkin lebih baik untuk anda bertemu dengan pakar untuk konsultasi dan mendapatkan rawatan.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply