fbpx

10 Fakta Unik Dan Mengagumkan Tentang Rambut Kita. Yang Terakhir Paling Tak Sangka

fakta unik tentang rambut

 

Rambut merupakan salah satu anggota penting yang dapat memberi imej dan penampilan yang baik untuk manusia sekiranya ia berada dalam keadaan sempurna dan tidak bermasalah. Namun sekiranya mempunyai masalah seperti rambut gugur yang teruk, rambut kering, rapuh dan berbuah pasti merungsingkan. Untuk artikel kali ini kita akan menumpukan tentang fakta-fakta unik dan menarik tentang rambut.  Mari kita baca-baca satu-satu. Pasti ada yang anda tidak sangka dan belum tahu. Boleh sama-sama menambah ilmu pengetahuan tentang rambut kan.

 

1) Bulu dan rambut terbentuk oleh pengumpulan protein yang dikenali sebagai keratin.

2) Seorang manusia normal mempunyai lebih 100 000 helai rambut di kepala dan tambahan 4.9 juta lagi di kawasan lain di badan.

3) Rambut berminyak sememangnya merupakan satu masalah yang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat. Percaya atau tidak, rambut berminyak menyerap ozon udara tercemar 7 kali lebih banyak berbanding rambut yang bersih, kata para jurutera persekitaran dari Missouri University of Science dan Technology.

Baca lagi : Ciri-Ciri Rambut Bermasalah

4) Menurut ahli patologi Pen State, apabila kita kehilangan folikel bulu, pancaran ultraviolet matahari boleh merosakkan kulit baru yang terdedah, yang bertindak balas dengan menghasilkan melanin iaitu sejenis pigmen yang menyerap radiasi matahari.

5) Manusia yang mempunyai rambut warna semulajadi berwarna merah dan coklat adalah sangat jarang atau sukar ditemui berbanding yang berwarna hitam. Warna biasa atau warna kebanyakan rambut manusia ialah hitam.

6) Satu lagi fakta yang menarik tentang rambut ialah setiap helai rambut mampu menampung berat maksimum sebanyak 100gm!

7) Rambut adalah tissue kedua dalam badan manusia yang cepat tumbuh. Yang pertama ialah tulang sum sum(bone marrow).

8) Rambut terdiri daripada 50% karbon, 21 % oxygen, 17 % nitrogen, 6% hydrogen dan 5% sulfur.

9) Rambut orang Asia cenderung untuk tumbuh secara tebal dan panjang. Manakal rambut orang Afrika cenderung kepada kerinting.

10)Apabila seluruh rambut anda disatukan, ia mampu mengangkat gajah seberat 12 tan. Wow!

Ini adalah 10 fakta yang menarik dan unik tentang rambut. Rupa-rupanya rambut kita ini mempunyai keunikannya yang tersendiri seperti anggota tubuh badan kita yang lain. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan kongsikan bersama rakan-rakan anda supaya mereka juga tahu.

Baca lagi :Kenali Teknik Tanam Rambut

Anda Suka Dengan Artikel Ini? LIKE dan SHARE di facebook. Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

 

 

Leave a Reply