fbpx

Tahukah Anda. 9 Makanan Ini Mampu Jadikan Rambut Anda Cantik & Sihat. Yang ke 9 tu Selalu Ada di Dapur.

Rambut merupakan mahkota bagi lelaki dan perempuan. Rambut yang cantik pasti memberi kepuasan kepada pemiliknya. Rambut yang sihat bersinar juga dapat meningkatkan keyakinanan diri. Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan rambut yang sihat. Salah satu cara untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik adalah melalui pemakanan yang mempunyai khasiat yang baik untuk rambut. Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang dapat membantu menyihatkan rambut :

#1- SALMON, TUNA , SARDIN

9 makanan bagus untuk rambut -01

Salmon, tuna dan sardin merupakan antara jenis ikan yang mengandungi asid lemak sihat, iaitu omega 3. Badan kita tidak mampu menghasilkan asid lemak tersebut, jadi kita hanya akan memperoleh melalui pemakanan. Omega 3 bukan saja membantu melindungi badan dari penyakit tetapi juga dapat menjadikan rambut lebih sinar dan bersinar.

 

Baca lagi : Ciri-ciri Rambut Bermasalah

#2- TELUR

Telur kaya dengan protein dan vitamin B12 yang dapat membantu menyihatkan rambut anda.  Kekurangan protein boleh menyebabkan rambut jadi rapuh dan mudah putus. Jadi jangan ragu-ragu untuk menjadikan telur sebagai menu harian anda. Pelbagaikan masakan telur dan jadikan antara diet utama anda.

9 makanan bagus untuk rambut-02

#3- YOGURT GREEK

Ada penggemar yogurt greek disini? Ada berita baik untuk anda. Yogurt greek mengandungi protein dan vitamin B5 ( asid pantotenik)  yang boleh membantu menghalang kehilangan dan penipisan rambut. Kehadiran asid pantotenik boleh dikenalpasti melalui label produk penjagaan wajah dan rambut.

9 makanan bagus untuk kesihatan rambut-03

Baca lagi : Petua untuk Rambut Cantik dan Sihat

#4- SAYUR BERWARNA HIJAU TUA

Bayam dan brokoli merupakan antara contoh sayur-sayuran berwarna hijau tua yang baik untuk diambil dalam usaha menjaga kesihatan dan kecantikan rambut. Bayam dan brokoli merupakan sumber terbaik untuk vitamin A, C, zat besi dan kalsium yang diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembab semulajadi rambut.

9 makanan bagus untuk kesihatan rambut -04

#5- PRUNE

Anda sukakan prune? Berita baik untuk penggemar prune. Khasiat buah prune dapat menguatkan tekstur rambut. Prune juga kaya dengan zat besi  yang dapat membantu mengurangkan keguguran rambut, rambut kusam, nipis dan warna rambut tidak sekata.

 

9 makanan bagus untuk kesihatan rambut-05

Baca lagi : Kenali Teknik Hair Transplant

#6- LOBAK MERAH

Lobak merah kaya dengan kandungan vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan rambut. Vitamin A membantu dalam pembentukan sebum pada kulit kepala. Sebum adalah elemen penting untuk mengekalkan kelembapan kulit kepala.

 

9 makanan bagus untuk kesihatan rambut -06

# 7- KELEDEK

Keledek mengandungi antioksidan (beta-karotena). Tubuh manusia tidak mampu mengubah antioksidan berkenaan kepada vitamin a yang membantu memperbaiki rambut yang kering dan kusam. Sumber beta-karotena juga dapat didapati dalam sayuran oren seperti lobak merah, labu dan mangga.

9 makanan bagus untuk kesihatan rambut -07

 

#8- MAKANAN LAUT

Kandungan zink dalam produk laut seperti tiram, udang dan kerang boleh membantu mencegah keguguran rambut dan memperkuat akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormone dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.

 

9 makanan bagus untuk kesihatan rambut -08

#9- KAYU MANIS

Rempah yang sering digunakan dalam masakan ini juga sebenarnya mempunyai khasiat yang baik untuk rambut. Kayu manis membantu dalam menggalakan peredaran darah  di samping membawa oksigen dan nutrien kepada folikel rambut.

9 makanan bagus untuk kesihatan rambut -09

 

 

 

Jadi, mulai hari ni jadikan antara 9 makanan yang tersenarai di atas sebagai sahabat baik dalam diet anda. Selain sedap, makanan-makanan berkenaan sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan rambut kita. Semoga bermanfaat.

 

Anda Suka Dengan Artikel Ini? Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

 

Leave a Reply