fbpx

Anda Yakin Rambut Anda Sihat? Semak Tanda-tanda Rambut Bermasalah.

Pasti ada dalam kalangan kita yang berdepan dengan masalah rambut. Hal ini pasti akan menjejaskan keyakinan dan imej diri. Menurut pakar, fungsi rambut bukan hanya bersifat kosmetik atau membuatkan seseorang itu nampak menarik namun rambut dan kulit kepala juga boleh memberi panduan atau petanda terhadap masalah kesihatan seseorang. Mengikut perkongsian daripada laman web www.caring.com berikut merupakan tanda-tanda yang boleh kita perhatikan dan diambil perhatian segera :

#1- RAMBUT KERING, TIDAK BERMAYA, NIPIS

masalah rambut

 

Antara faktor yang boleh menyebabkan masalah rambut kering, tidak bermaya dan nipis ialah pewarna, pengering rambut dan juga berenang dalam air klorin. Namun perubahan ketara pada tekstur rambut menunjukkan ada masalah tiriod kurang aktif dikenali hipotiriodisme.

Rambut mungkin tidak gugur, tapi akan kelihatan lebih nipis. Tanda lain hipotiriodisme ialah pertambahan berat badan, mudah kepenatan, kadar dengutan jantung yang perlahan dan juga rasa sejuk hampir setiap masa.

#2- KULIT KEPALA BERSISIK

masalah rambut-02

Kulit kepala bersisik dan berkerak yang bermula daripada garisan rambut merupakan antara tanda-tanda psoriasis. Psoriasis adalah berbeza daripada kelemumur. Keraknya lebih tebal berbanding kelemumur. Psoriasis berlaku disebabkan kulit bertindak memberi isyarat “palsu”yang mempercepatkan kitaran dan pertumbuhan sel kulit.

#3- RAMBUT GUGUR BERTOMPOK

masalah rambut-03

Sumber Gambar Dari Google

 

Keguguran rambut jenis ini dikenali sebagai Alopecia Areata yang boleh berlaku pada bahagian atas kepala ataupun pada garisan rambut. Selain itu diabetes juga boleh menyebabkan masalah keguguran rambut seperti ini berlaku. Untuk kes yang lebih kronik, boleh kehilangan semua bulu roma termasuk kening. Selalunya ini terjadi pada individu yang mempunyai sejarah keluarga yang bermasalah autoimun seperti arthritis reumatoid, diabetes pada usia awal dan penyakit tiroid.

#4- RAMBUT KERING DAN RAPUH

masalah rambut-04

Adakalanya rambut bukan gugur, tetapi putus kerana tekstur rapuh. Perhatikan, sekiranya anda baring dibantal dan kemudian bangun dari pembaringan dan kemudiannya melihat banyak rambut melekat dibantal kemungkinan anda mengalami masalah rambut rapuh ini.

Antara kemungkinan masalah ini ialah rambut rosak akibat penggunaan bahan kimia semasa proses mewarnakan rambut, atau menggunakan kaedah meluruskan atau mengerintingkan rambut. Masalah rambut terlalu kering juga mungkin menjadi petunjuk tubuh kekurangan asid lemak Omega-3, yang boleh didapati pada ikan salmon, minyak ikan, kekacang dan bijirin.

Baca lagi :9 Makanan Ini Mampu Cantikkan Rambut

Segala yang diterangkan di atas adalah sekadar panduan umum, anda yang mempunyai simptom-simptom di atas dinasihatkan agar terus berjumpa doktor untuk lebih kepastian dan untuk mendapatkan nasihat rawatan yang sesuai.

Anda Suka Dengan Artikel Ini? LIKE dan SHARE di facebook. Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

 

 

 

Leave a Reply