fbpx

5 Atlet Dunia Yang Pernah Melakukan Transplant Rambut.

Atlet yang terkenal lazimnya sering menjaga penampilan mereka terutamanya dari segi gaya rambut. Sekiranya anda peminat dan pengikut tegar sukan terutamanya bola sepak dunia pasti anda akan bersetuju dengan hal ini.

Ada yang suka bergaya kemas dan ada yang suka menggayakan rambut dengan gaya yang agak pelik dan lari dari kebiasaan.

Namun tahukah anda, sebenarnya ada dalam kalangan atlet terkenal juga turut tidak terlepas daripada menghadapi masalah rambut seperti rambut nipis atau masalah kulit kepala yang hampir botak?

Baca lagi : Kaedah Tanam Rambut (Hair Transplant).

Ada dalam kalangan mereka yang melakukan kaedah tanam rambut sebagai alternatif untuk melebatkan kembali rambut dan membuatkan penampilan bertambah kemas dan menarik. Jom kita saksikan 5 atlet terkenal yang pernah melakukan transplant rambut.

#1- WAYNE ROONEY- BOLA SEPAK

pemain bola yang melakukan transplant rambut-wayne rooney

Rooney melakukan transplant rambut pada tahun 2011. Credit image/source : Pinterest

Pemain bola sepak terkenal ini pernah melakukan transplantasi rambut pada tahun 2011 untuk mengatasi masalah rambut yang di alaminya.

#2- LEWIS HAMILTON-FORMULA ONE

atlet yang melakukan transplant rambut

Sumber : The Sun

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada beliau, namun juara dunia beberapa kali Formula One ini kelihatan seperti melakukan hair transplant apabila rambutnya kelihatan tumbuh secara pantas  berbanding tahun sebelumnya.

#3- SHANE WARNE-KRIKET

atlet yang melakukan transplant rambut-03

Sumber : Cric Tracker

Shane Warne merupakan bekas pemain kriket Australia. Warne melakukan transplantasi rambut pada tahun 2007 dan sekitar 10 tahun kemudian.

#4- PAT NEVIN- BOLA SEPAK

Sumber : Daily Record

Merupakan bekas pemain bola sepak Scotland. Beliau melakukan hair transplant pada tahun 2016.

#5- ANTONIO CONTE

atlet yang melakukan hair transplant-05

Sumber : Celeb Hair

Antonio Conte merupakan bekas pemain bola sepak Itali dan juga pengurus pasukan profesional Itali.

Semasa masih bermain bola sepak beliau dilihat mempunyai masalah rambut nipis, namun ketika menjadi pelatih rambutnya semakin tebal.

Baca lagi : Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Mental

Beliau dikatakan perlu menjalani tiga kali proses tanam rambut sebelum mendapat rambut yang tebal seperti itu.

Klik Untuk Pertanyaan Tentang Hair Transplant

Ini adalah antara atlet-atlet terkenal dunia yang pernah melakukan kaedah rawatan hair transplant yang terbukti berkesan dalam mengatasi masalah rambut botak atau rambut nipis.

Sumber rujukan : sportku.com

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply