fbpx

5 Sebab Uban Tumbuh Pada Usia Yang Muda. Tabiat No 3 Tu Sangat Bagus Kalau Diberhentikan.

Uban pada usia yang muda? Pasti ada dalam kalangan anda yang menghadapi masalah ini kan terutama golongan lelaki. Hal ini pasti menimbulkan rasa kurang selesa dan tahap keyakinan diri juga boleh menurun, sebabnya terasa diri kelihatan tua dan tidak menarik. Bayangkan usia baru cecah awal 30an tapi uban dah mula kelihatan banyak, mesti rasa stress kan. sebenarnya tak kira lelaki atau perempuan pasti ada yang mengalami masalah ini. Untuk artikel kali ini kita akan melihat punca-punca yang boleh menyebabkan rambut cepat beruban walaupun pada usia yang muda.

Baca lagi : Ketahui Punca-punca Botak

#1- GENETIK

punca rambut beruban pada usia yang muda-01

Genetik merupakan antara punca yang boleh menyebabkan seseorang itu beruban awal. Cuba semak ada tak dalam kalangan keturunan anda yang beruban pada usia yang muda. Kalau mak atau ayah anda beruban pasa usia yang muda, kebarangkalian anda beruban pada usia yang muda juga ada.

Menurut Dr. Nazirin Ariffin daripada Pakar sakit Kulit Hospital Pantai, Kuala Lumpur, ada juga penyakit genetik yang menyebabkan uban pada usia muda seperti Sindrom Down, Progeria dan Sindrom Rothmund Thompshon.

#2- KURANG VITAMIN B12

punca rambut beruban pada usia yang muda-02

Kekurangan vitamin B12 dan zat besi juga menyumbang terhadap masalah uban pada usia yang muda. jadi untuk mengelakkan beruban beruban pada usia yang muda, dicadangkan agar sentiasa mengambil makanan yang mempunyai khasiat B12 dan zat besi yang tinggi. Contoh makanan yang kaya dengan B12 ialah avocado dan daging merah manakala contoh makanan yang kaya dengan besi ialah brokoli dan kerang-kerangan.

#3- MEROKOK

punca rambut beruban pada usia yang muda-02

Awas kepada perokok terutama perokok tegar, selain boleh menyebabkan penyakit rokok juga boleh menyebabkan rambut beruban pada usia yang muda. Menurut kajian yang dijalankan oleh J. G. Mosley di British Medical Journey pada tahun 1996, mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali ganda rambut cepat beruban.

Semoga yang merokok ada iniasiatif untuk berhenti merokok, lagipun rokok memang dah terbukti tidak bagus untuk kesihatan. Satu fakta yang tidak dapat disangkal.

#4- STRESS

punca rambut beruban pada usia yang muda-03

Ada sesiapa yang kerap mengalami stress di sini? Harap anda dapat menanganinya dengan baik. Stress juga merupakan penyebab rambut cepat beruban. Ada sesetengah pakar menyatakan bahawa stress mempercepatkan rambut beruban beberapa tahun lebih awal.

Namun bagaimana ianya berlaku masih tidak dapat diketahui( BHplus 20 Jun 2015). Apa-apa pun, sebaiknya kita perlu bijak mengawal stress. Kehidupan lebih sihat, malah dapat mengelakkan kelihatan lebih tua, seperti rambut cepat beruban.

#5- KERAP MAKAN JUNK FOOD

punca rambut beruban pada usia yang muda-05

Awas untuk peminat junk food. Mungkin anda boleh mula mengawal dan mengubah tabiat pemakanan anda sekarang sebab makan junk food terlampau kerap pun tidak elok untuk kesihatan rambut kerana boleh menyebabkan proses penghasilan melamin dalam rambut terganggu.

Ini boleh menyebabkan uban tumbuh pada usia yang muda. Elakkan junk food, makan makanan yang lebih berkhasiat. Selain tidak elok untuk rambut, junk food juga tidak baik untuk kesihatan. Sekali sekala makan mungkin boleh diterima, namun terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan, itu perlu dielakkan.

Baca lagi : Kenali Teknik Tanam Rambut

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk melakukan keputusan yang baik dalam menjaga rambut anda agar tidak beruban pada usia yang masih muda. Walaupun adakalanya sukar dielakkan seperti faktor genetik, namun faktor-faktor yang boleh dielakkan, kita cuba elakkan. Semoga bermanfaat.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Anda Pergi Kerja Naik Motor? Susah Pakai Helmet Bila Pakai Pomade? Tidak Lagi Bila Mana Mengunnakan Rubber Pomade Hair Republic. 

Klik Sini Untuk Beli

Leave a Reply