fbpx

Wajib Tahu. Tips Rambut Bergaya Untuk Lelaki. Buatkan Si Dia Tertawan

Rambut merupakan satu aset yang penting bukan saja pada wanita tetapi juga lelaki. Gaya rambut yang menarik pasti dapat meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang. Hal ini demikian kerana, rambut juga memainkan peranan penting dalam self esteem seseorang. Jika dahulu lelaki mungkin kurang mengambil berat tentang penjagaan rambut, namun sekarang kesedaran menjaga rambut makin menebal dalam kalangan lelaki. Kita dapat lihat pelbagai gaya rambut menarik yang terdapat pada lelaki zaman sekarang. Mari kita lihat tip rambut bergaya untuk para lelaki:

#1- FAHAMI GAYA

Sebelum ke salon, pastikan dulu gaya apa dan bagaimana yang anda mahukan dan jangan menyerah bulat-bulat kepada tukang gunting rambut. Mungkin anda boleh merujuk kepada gaya selebriti dan pilih gaya rambut yang sesuai untuk anda.

Baca lagi :Ciri-ciri Rambut Bermasalah

#2- KENALI TEKSTUR RAMBUT

Tekstur rambut setiap manusia adalah berbeza. Ada yang dilahirkan kerinting, rambut tebal, nipis dan sebagainya. Oleh itu kenali tekstur rambut anda dan cari gaya yang sesuai berdasarkan tekstur rambut anda.

Gaya Rambut Lelaki

#3- BENTUK WAJAH

Gaya rambut juga perlu dipadankan dengan bentuk wajah. Gaya rambut yang sesuai dengan bentuk wajah dapat menyerlahkan lagi ketampanan wajah anda. Sebelum anda ke salon, pastikan dulu gaya rambut mana yang sesuai dengan bentuk wajah anda. Boleh meminta pandangan orang di sesekeliling selain membuat kajian sendiri di majalah atau internet.

 

#4- GAYA RAMBUT KEMAS

Sekiranya anda buntu terhadap gaya rambut bagaimana harus dipilih, pilih saja gaya rambut pendek dan kemas kerana ia satu pilihan yang tidak pernah salah untuk lelaki. Lazimnya mereka yang gemar memotong rambut pendek dan kemas ini tampak lebih menarik, muda dan berkeyakinan.

Baca lagi :Kesan Botak Terhadap Psikologi Manusia

#5- RAPIAN YANG SESUAI

Bahan rapian rambut seperti krim, pomade dan wax dapat memberikan lebih lagi efek kekemasan terhadap rambut anda. Sekiranya rambut agak kusut dan kering cuba rapikan bahan rapian pilihan anda dan lihat perbezaannya.

 

Selamat mencuba!

 

Anda Suka Dengan Artikel Ini? Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

 

 

 

Leave a Reply