fbpx

5 Gaya Topi Untuk Lelaki. Sesuai Digunakan Untuk Menutup Kebotakan Sementara Menunggu Rawatan

Anda suka topi? Atau anda sedang mengalami masalah kebotakan, jadi sementara tunggu untuk rawatan apa kata gunakan topi untuk menutup kepala anda. Jom kita lihat 5 jenis topi yang menarik yang boleh menyerlahkan lagi gaya anda di samping menutup kekurangan.

#1- FLAT CAP

jenis topi lelaki-01

Sumber gambar : The Sweater Shop

Flat cap juga dikenali sebagai bonnet. Flat cap juga merupakan jenis penutup kepala yang sesuai digayakan ke majlis formal.Sering dipakai untuk mereka yang sedang bermain golf.

Baca lagi : Atasi Kebotakan Dengan Kaedah Tanam Rambut

#2- MINIMAL BASEBALL CAP

jenis topi lelaki-02

Sumber gambar : http://dailywot.com

Topi jenis ini memang popular dalam kalangan orang-orang muda. Sesuai untuk gaya santai.

#3- THE BEANIE

jenis topi lelaki-03

Sumber gambar : Birchbox

Topi jenis ini sesuai untuk dipakai oleh mereka yang sukakan kelainan. Kurang popular di negara kita tapi di luar topi ini agak popular. Boleh cuba untuk tampil dengan gaya yang berbeza.

#4- THE PANAMA HAT

jenis topi lelaki-04

Sumber gambar : fernandezyroche_hats via instagram

Juga dikenali sebagai Toquilla Straw Hat. Sesuai untuk mereka yang ingin nampak lebih gentleman. The Panama direka dengan pelbagai jenis bentuk dan saiz. Jadi boleh pilih jenis yang sesuai dengan bentuk muka anda. Kalau bentuk muka kecil,pilih yang saiz kecil dan begitu juga sebaliknya.

#5- THE BUCKET HAT

jenis topi lelaki-05

Sumber gambar : Bags of Love

Rekaan topinya menampakkan anda lebih santai dan ringkas. Sesuai digayakan dengan tshirt, bomber jacket dan jeans.

Baca lagi : Langkah Memperoleh Rambut Sihat.

Ini adalah antara topi yang boleh anda gunakan untuk menyerlahkan lagi gaya disamping menutup kekurangan rambut sementara menunggu rawatan. Selamat mencuba gaya-gaya topi berkenaan.

Rujukan : Majalah Maskulin

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply