fbpx

Kenali Teknik Tanpa Pembedahan (FUE) Dalam Kaedah Hair Transplant

hair transplant-01

Bayangkan kalau ada yang berkata kepada anda , muka kacak tapi sayangnya kepala botak. Mungkin bagi sesetengah indidvidu ini bukan satu masalah besar baginya, namun pasti ada yang berasa rendah diri bila ditegur sedemikian. Hal ini menunjukkan rambut memainkan peranan yang besar dalam imej dan penampilan seseorang. Kebotakan menyerang tidak kira usia. Ada yang masih muda, sekitar 20an pun mengalami masalah ini.

Baca lagi : Punca Botak. Cegah Sebelum Parah.

Namun jangan risau, terdapat satu kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini yang akan dilakukan oleh pakar estetik iaitu proses hair transplant atau tanam rambut. Menurut pakar dari Dr. Shah Hair Clinic, terdapat dua cara mengambil rambut iaitu yang pertama ialah Teknik Follicular Unit Transplant Surgery (FUT) dan kedua, teknik tanpa pembedahan (FUE). Untuk artikel kali ini, kita akan mengenali secara asas apa itu Teknik Tanpa Pembedahan (FUE).

Teknik tanpa pembedahan (FUE) menggunakan teknik tiada kulit kepala akan dipotong tetapi doktor akan mengambil satu persatu rambut. Oleh sebab kawasan yang diambil berkenaan akan meninggalkan lubang-lubang kecil, ia akan mengambil masa sehingga 5 sehingga 7 hari untuk lubang-lubang berkenaan timbus semula.

hair transplant-02

Dapatkan kembali keyakinan diri melalui Teknik Tanpa Pembedahan (FUE) dalam kaedah hair transplant.

Jangan risau, tidak begitu sakit kerana pelanggan akan dibius terlebih dahulu. Antara klinik yang menawarkan perkhidmatan tanam rambut menggunakan teknik ini ialah Dr. Shah Hair Clinic. Boleh klik disini sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah penanaman rambut ini, Dr. Shah Hair Clinic.

Ini adalah penjelasan secara ringkas berkaitan Teknik Tanpa Pembedahan (FUE) dalam kaedah menanam rambut. Semoga dengan penerangan ringkas ini dapat memberi gambaran bahawa teknik ini bukanlah sesuatu teknik yang menakutkan kerana selain teknik pembedahan, terdapat juga teknik tanpa pembedahan sebenarnya. Yang paling penting dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berhasrat untuk merawat masalah rambut terutamanya masalah botak atau rambut nipis yang makin meruncing.

Baca lagi : Hukum Menanam Rambut Dalam Islam

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

Leave a Reply