fbpx

Hukum Menanam Rambut (Hair Transplant) Dalam Islam

fatwa kebangsaan tentang tanam rambut

Credit Image : JAKIM

Rambut yang cantik dan sihat adalah dambaan semua orang. Namun adakalanya tidak semua secara semulajadinya mempunyai rambut yang cantik dan sihat. Pasti ramai dalam kalangan kita terutamanya lelaki mengalami masalah pada rambut seperti botak, keguguran rambut yang serius dan sebagainya. Masalah rambut ini merupakan salah satu perkara yang boleh membawa kepada salah satu punca menurunnya tahap keyakinan diri seseorang.

Baca lagi : Kenali Teknik Tanam Rambut

Selain itu, masalah rambut ini juga boleh menjejaskan imej dan penampilan apatah lagi sekiranya pekerjaan seseorang lelaki itu adalah perlu sentiasa berhadapan dengan orang lain. Dan sudah tentu mereka yang berhadapan dengan masalah ini mencari penyelesaian terbaik untuk menyihatkan dan melebatkan semula rambut.

Salah satu kaedah yang berkesan dan dilakukan oleh pakar perubatan yang diiktiraf ialah kaedah penanaman rambut (hair transplant).Namun, persoalannya, adakah kaedah ini dibenarkan dalam Islam. Mari kita lihat penjelasan dan hukum yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Islam :

Muzakarah  Jawatankuasa  Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 94 yang bersidang pada 20-22 April 2011 telah membincangkan Hukum Menanam Rambut di Kepala. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut;

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagi mana tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah harusdengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat.

Semoga penjelasan yang bersumberkan dari Fatwa Kebangsaan ini memberi penjelasan dan pencerahan kepada mereka yang berhasrat untuk melakukan teknik penanaman rambut.

Baca lagi : Kenali Ciri-Ciri Rambut Bermasalah

Anda Suka Dengan Artikel Ini? LIKE dan SHARE di facebook. Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

Leave a Reply