fbpx

Ini 5 Tips Mudah Penjagaan Rambut Buat Wanita Bertudung. Yang Terakhir Paling Penting.

penjagaan rambut bagi wanita bertudung-01

Sumber gambar : jilbab.jejualan.com/Google

Walaupun bertudung itu bukan alasan untuk menjaga rambut dengan sebaiknya, malah wanita bertudung seharusnya perlu menjaga rambut dengan lebih baik dan teliti sebenarnya. Rambut yang cantik dan sihat pasti memberikan keselesaan buat anda. Ok jom kita lihat 7 langkah penjagaan buat Muslimah.

#1- ELAKKAN CUCI GUNA AIR PANAS

Ini adalah penting. Elakkan mencuci rambut menggunakan air panas sebab ia boleh menjadikan rambut kering dan sukar untuk diuruskan. Seeloknya gunakan saja air biasa. Itu lebih baik.

Baca lagi : Ketahui Khasiat Makanan Untuk Rambut Sihat

#2- PILIH SYAMPU YANG SESUAI

Sekarang ini banyak syampu yang menawarkan penjagaan khas untuk wanita bertudung. Jadi tidaklah sukar untuk membuat pilihan. Cuma pastikan syampu berkenaan sesuai untuk anda. Kalau tidak sesuai, hentikan penggunaan dan cuba yang lain.

#3- JAGA DIET/PEMAKANAN

Pemakanan yang seimbang juga penting untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat. Amalkan gaya pemakanan yang sihat, elakkan makanan ringan terlalu kerap.

#4- PAKAI ANAK TUDUNG YANG SESUAI

Antara material anak tudung yang bagus ialah jenis berasaskan kapas kerana ia boleh menyerap peluh. Selain menyerap peluh, material kapas juga lebih selesa berbanding material lagi. Namun bab keselesaan adalah subjektif, terpulang pada anda cuma salah satu cadangan ialah menggunakan anak tudung berasaskan kapas kerana seperti dikatakan tadi, ia menyerap peluh dan ini membantu mengelakkan rambut berbau.

#5- KERINGKAN RAMBUT DAHULU SEBELUM PAKAI TUDUNG

Yang ini sangat penting. Keringkan terlebih dahulu rambut sebelum memakai tudung. Jangan memakai tudung dalam keadaan rambut masih lembap atau basah kerana ini boleh menimbulkan masalah lain seperti kelemumur, rambut berbuah dan sebagainya.

Baca lagi : Petua Menarik Penjagaan Rambut

Ini adalah antara langkah mudah penjagaan kepala dan kulit kepala untuk wanita bertudung. Walaupun bertudung, namun marilah kita menjaga rambut kerana itu juga aset untuk kita.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply