fbpx

Kenali Punca dan Jenis Kebotakan Dalam Kalangan Lelaki. Nombor 2 & 3 Kalau Boleh Cuba Elakkan.

jenis-jenis botak

Manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup. Kulit kepala yang normal mempunyai 1000 000 sehingga 120 000 folikel pada setiap peringkat. Folikel yang sihat akan menghasilkan sekurang-kurangnya dua sehingga lima helai rambut. Adalah normal sekiranya rambut gugur dalam lingkungan 50-100 helai sehari. Namun ia menjadi satu yang serius sekiranya rambut gugur dalam kuantiti yang terlalu banyak dan ini memerlukan rawatan segera.

Baca lagi : Kenali Teknik Tanam Rambut

Keguguran rambut yang kronik boleh menyebabkan rambut menjadi semakin menipis dan boleh membawa kepada masalah kebotakan. Masalah kebotakan dibahgikan kepada beberapa jenis iaitu :

1. Androgenetic alopecia iaitu botak disebabkan oleh faktor keturunan.

2. Traction alopecia iaitu botak akibat sentiasa mendandan rambut dalam satu cara dan kekerapan menarik rambut.

3. Telogen effluvium iaitu botak yang disebabkan oleh faktor tekanan emosi dan fisiologi.

4. Anagen effluvium (toxic alopecia) iaitu botak yang berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut jadi terganggu.

5. Alopecia areata iaitu botak yang disebabkan oleh serangan sistem imun terhadap sel folikel.

jenis-jenis botak-01

Ini adalah antara jenis-jenis botak yang sering berlaku dalam kalangan kita. Kenalpasti punca botak dapat membantu anda mengelakkan faktor berkenaan daripada dominan dalam diri anda sekaligus dapat membantu anda menjauhkan diri daripada masalah botak.

Baca lagi : Pakai Topi Punca Botak? Mitos Atau Fakta?

Walaupun bagaimanapun faktor seperti keturunan dan serangan sistem imun agar sukar untuk dielakkan sekiranya anda mempunyai ciri-ciri ini namun dalam kaedah rawatan moden seperti kaedah tanam rambut dapat mengatasi masalah ini dengan berkesan, insyaAllah.

Klik link ini Atasi Kebotakan Dengan Kaedah Tanam Rambut (Hair Transplant). untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknik tanam rambut atau hair transplant.

Rujukan/artikel asal : Punca dan Jenis Lelaki Botak.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply