fbpx

Ketahui 9 Jenis Sikat dan Kelebihannya. Menarik Untuk Dibaca.

Sikat merupakan satu alat penting dalam membantu untuk merapikan rambut. Sebenarnya terdapat beberapa jenis sikat yang boleh digunakan untuk membuatkan rambut kelihatan kemas. Setiap jenis sikat pula ada kelebihannya yang tertentu dan juga sesuai digunakan untuk jenis-jenis rambut yang tertentu. Rambut manusia ada pelbagai jenis, ada yang kusut, ada yang rambut lurus, ada pulak jenis rambut bergulung, rambut kerinting pun ada. Jadi setiap jenis sikat tu dapat membantu merapikan jenis-jenis rambut berkenaan. Jom kita lihat jenis-jenis sikat yang wujud.

#1- SIKAT BIASA

jenis-jenis sikat-01

Sumber gambar : AliExpress

Sikat biasa atau normal brush. Ramai yang gemar gunakan sikat ini kerana saiznya yang kecil dan nipis memudahkan untuk menyikat, disimpan dan dibawa kemana-mana saja. Nak masuk dalam poket seluar pun senang. Sesuai untuk digunakan pada setiap hari untuk merapikan rambut. Antara sikat yang menjadi kesukaan ramai orang.

#2- PIN BRUSH

jenis-jenis sikat-05

Sumber gambar : Mars Coat-King

Sikat jenis ini sesuai untuk rambut yang kerinting. Cuba lihat pin-pin yang sedikit tajam tu, sesuai untuk merapikan rambut yang tebal dan bergulung-gulung. Kalau guna sikat biasa untuk rambut jenis bergulung tebal, kemungkinan boleh patah pula giginya kan. Jadi kepada yang mempunyai rambut jenis bergulung, tebal atau mudah kusut boleh cuba guna sikat jenis ini.

#3-WIDE TOOTH COMB

jenis-jenis sikat-06

Sumber gambar : Style Hair & Beauty Care

Wide Tooth Comb ni rupanya seperti normal brush tapi bezanya giginya agak luas dan lebih besar. Saiznya juga selalunya lebih tebal. Sesuai untuk rambut yang tebal. Nak tarik helaian rambut tu jadi mudah dengan giginya yang jarang. Fizikalnya yang tebal berbanding normal brush juga membantu untuk mengelakkannya jadi mudah patah terutama bahagian giginya tu.

#4- QUILL BRUSH

jenis-jenis sikat-02

Quill Brush ini berbentuk silinder dengan terdapat banyak pin-pin tajam di sekelilingnya. Sesuai untuk semua jenis rambut terutama rambut kerinting. Sikat jenis ini bagus untuk mengurut kulit kepala.

#5- PADDLE BRUSH

jenis-jenis sikat-03

Sumber gambar : Wanista.com

Paddle Brush lazimnya berbentuk seolah-olah cermin tangan. Terdapat pin-pin yang memudahkan anda untuk merapikan rambut. Sikat jenis ini bagus untuk merangsang peredaran darah di sekeliling kulit kepala. Selain itu, sikat ini juga sesuai untuk membantu meleraikan rambut agar rambut kekal rapi dan tidak kelihatan kusut. Sesuai untuk mereka yang berambut lurus.

#6- PICK COMB

Jenis-jenis sikat-07

Sumber gambar : AliExpress

 

Pick comb ni rupanya seakan-akan garfu. Bentuknya menyerupai gigi yang tajam dan jaraknya renggang-renggang. Sesuai untuk rambut yang panjang dan juga rambut kerinting. Sesiapa yang ada jenis rambut mudah kusut juga sesuai gunakan sikat jenis ini.

#7- TAIL COMB

jenis-jenis sikat-08

Sumber gambar : Hair Extension Store

Sikat jenis ini mempunyai gigi yang rapat dan pemegangnya berbentuk tajam dihujung. Pemegangnya yang tajam berfungsi untuk merias dan membahagi-bahagikan rambut. Selalunya sikat jenis ini banyak digunakan di salon atau kedai gunting rambut. Namun berhati-hati, kerana sikat jenis ini tidak sesuai diletak merata-rata kalau ada anak kecil di rumah kerana hujungnya yang tajam boleh membahayakan. Jadi simpan ditempat yang selamat ya.

#8- DENMAN BRUSH

jenis-jenis sikat-09

Sumber gambar : pomade.com

Sikat jenis ini sesuai untuk digunakan oleh mereka yang berambut pendek. Dapat membantu merapikan rambut yang kusut dan membuatkan rambut kelihatan lebih kemas dan kelihatan lurus. Juga untuk mereka yang memiliki rambut yang lebat dan kembang, boleh cuba guna sikat jenis ini ya. Senang nak rapikan rambut.

#9- MILITARY HAIR BRUSH

jenis-jenis sikat-10

Sumber gambar : My Family Silver

Sikat jenis ini biasanya tidak mempunyai pemegang. Cara menggunakannya perlu mengenggam seluruh bahagian sikat dan seterusnya mula menyisir rambut. Namun sikat jenis ini tidak begitu popular dalam kalangan masyarakat kita. Mungkin sebab tak ada pemegang kot?Mungkin la kan. Apa-apa pun, selagi namanya sikat, ia tetap berguna untuk mengemaskan keadaan rambut. Pasti ada kelebihannya kan.

Demikian adalah antara jenis-jenis sikat yang wujud. Setiap jenis sikat, ada fungsi dan kelebihannya yang tersendiri. Anda selalu guna yang mana?

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply