fbpx

Stress Rambut Gugur Hampir Nak Botak? Kenali Teknik Menanam Rambut (Hair Transplant)

 

Kenali Teknik Menanam Rambut ( Hair Transplant)

 

Masalah botak sering menghantui kaum lelaki manakala masalah rambut nipis pula sering menjadi igauan mimpi ngeri bagi kaum wanita.Tentu ada dalam kalangan kita yang menghadapi masalah ini sedang berusaha untuk mencari alternatif untuk menghilangkan permasalahan berkenaan. Tahukah anda ada teknik berkesan untuk mengatasi masalah ini?Ia dipanggil teknik menanam rambut (hair transplant) dan dilakukan oleh pakar bertauliah.

Menurut Dr. Shah dari Klinik Dr. Shah Hair Clinic,antara dua jenis teknik mengambil rambut ialah teknik Follicular Unit Transplant surgery (FUT) dan juga teknik tanpa pembedahan(FUE).Berikut menrupakan penjelasan dari Dr. Shah mengenai kedua-dua jenis kaedah tersebut.

Baca Lagi : Alopecia Areata, Kebotakan yang Merunsingkan.

1) Teknik Mengambil Rambut

Follicular Unit Transplant surgery (FUT) adalah satu teknik pembedahan di mana doktor akan melakukan sedikit pembedahan kulit di bahagian belakang kepala untuk mengambil rambut klien. Dalam teknik ini, doktor akan mengambil sedikit kulit kepala bergantung kepada berapa banyak rambut yang diperlukan dalam hair transplant. Selepas semua proses telah siap dilakukan, doktor akan menjahit kembali bahagian tempat rambut dan kulit kepala yang telah diambil.

2) Teknik Tanpa Pembedahan

Teknik tanpa pembedahan (FUE) menggunakan teknik tiada kulit kepala akan dipotong tetapi doktor akan mengambil satu persatu rambut.Oleh sebab kawasan yang diambil berkenaan akan meninggalkan lubang-lubang kecil, ia akan mengambil masa sehingga 5 sehingga 7 hari untuk lubang-lubang berkenaan timbus semula.

Semoga dengan penerangan ini dapat memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang teknik menanam rambut. Yang paling penting dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berhasrat untuk merawat masalah rambut terutamanya masalah botak atau rambut nipis yang makin meruncing.

Baca Lagi : 9 Makanan Buatkan Rambut Anda Bertambah Sihat

Anda Suka Dengan Artikel Ini? Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

Leave a Reply