fbpx

Kenali Teknik Tanam Rambut. Alternatif Untuk Rambut Botak dan Nipis

Setiap daripada kita pasti mengimpikan rambut yang lebat,sihat dan cantik. Rambut yang cantik dapat meningkatkan keyakinan diri dan juga memberikan imej yang baik kepada seseorang. Namun ada dalam kalangan kita yang berdepan dengan masalah rambut gugur yang kronik sehingga boleh menyebabkan masalah penipisan rambut yang kemudiannya boleh menyebabkan botak. Sudah tentu ini sesuatu yang merungsingkan dan boleh memberi kesan terhadap imej dan penampilan diri. Lebih-lebih lagi anda seorang yang bekerjayadan perlu berjumpa dengan ramai orang baru setiap hari. Malah sesetengah kerjaya amat mementingkan penampilan diri.

 

kenali hair transplant-02

 

Baca Lagi :Kesan Botak Terhadap Psikologi Manusia.

Namun setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Tahukah anda ada teknik yang dipanggil sebagai teknik tanam rambut (hair transplant)? Teknik ini merupakan antara kaedah yang sangat berkesan untuk melebatkan kembali rambut yang makin menipis di kulit kepala. Mari kita baca tentang penjelasan yang dibuat oleh Dr. Shah dari klinik Dr. Shah Hair Clinic tentang masalah keguguran rambut dan juga tentang kaedah hair transplant.

Menurut Dr. Shah terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah rambut gugur dalam kalangan lelaki dan wanita. Antara masalah utama punca keguguran rambut bagi lelaki adalah disebabkan oleh Hormon Dihydro Testosterone ( DHT).

Hormon DHT ini boleh menyebabkan akar rambut menjadi lebih nipis dan kecil seterusnya boleh menyebabkan masalah botak. Namun begitu, kesan DHT ini hanya pada bahagian hadapan dan kepala tengah sahaja.

Baca Lagi : Jenis-jenis Kebotakan

Rambut bahagian belakang kepala tidak akan menipis oleh kerana disebabkan secara genetiknya ia adalah stabil terhadap serangan DHT. Botak seperti ini dikenali sebagai Male Pattern Baldness.

Oleh kerana rambut bahagian belakang masih ada dan tidak rosak akibat DHT, lelaki yang mengalami masalah Male Pattern Baldness akan kehilangan rambut dibahagian hadapan sahaja tetapi rambut dibahagian belakang kepala tetap subur.

kenali hair transplant-02

Dr. Shah juga menerangkan dalam rawatan hair transplant ini, doktor akan memindahkan sebahagian rambut di belakang kepala ke kawasan yang botak. Kelebihannya, rambut ini akan kekal subur dan tumbuh seperti normal selepas itu oleh kerana ianya kebal terhadap DHT. Rambut akan mula tumbuh memanjang dan anda boleh menyikatnya seperti biasa.

Hasilnya, rambut akan kekal dan kelihatan lebih sempurna. Anda juga boleh tampil dengan gaya yang lebih segak dan yakin diri. Jadi kepada anda yang sedang mengalami masalah rambut sehingga menjejaskan keyakinan diri, dinasihatkan agar bertemu dengan pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga rawatan yang sesuai untuk kulit kepala dan rambut anda.

 

Anda Suka Dengan Artikel Ini? Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

Leave a Reply