fbpx

Mewarnakan Rambut Boleh Menyebabkan Risiko Kanser dan Koma. Benarkah? Artikel Ini Ada Jawapannya.

kesan buruk pewarna rambut-01

Tentu ada dalam kalangan kita yang gemar mewarnakan rambut. Adakalanya ia seperti satu trend. Ada yang gemar mewarnakan dengan inai atau henna yang berada di pasaran atau ada yang menggunakan pewarna rambut yang mempunyai bahan kimia yang tertentu.

Namun tahukah anda ada kesan buruk yang berisiko boleh terjadi kepada anda sekiranya terlalu kerap mewarnakan rambut?

#1- BAHAN KIMIA BERBAHAYA

Pertama, sesetengah pewarna rambut mempunyai kimia berbahaya yang boleh memberi kesan terhadap rambut dan kulit kepala. Antaranya ialah pewarna rambut yang mempunyai campuran ammonia dan hidrogen peroksida.

Baca lagi : Perkara Menarik Tentang Rambut

Ammonia merupakan sejenis bahan kimia berasid yang boleh menembusi permukaan rambut dan membantu pewarna rambut meresap ke rambut manakala hidrogen peroksida pula merupakan sejenis asid yang dapat memusnahkan pigmen melanin rambut.

kesan buruk pewarna rambut-02

Ia boleh merosakkan lapisan kulit kepala, menyebabkan masalah kulit, ruam mata dan mengurangkan imuniti rambut. Semakin tinggi kandungan bahan berkenaan, semakin buruk kesannya malah dapat menyebabkan keguguran rambut.

Bahaya kan. Nampak remeh tapi sebenarnya bahan kimia dalam pewarna rambut mempunyai kesan buruknya sendiri dan penggunaan yang kerap pasti memberikan risiko terhadap kesihatan rambut dan kulit kepala.

Artikel ini merupakan ringkasan daripada artikel asal. Untuk bacaan artikel asal boleh klik di sini.

#2- PERNAH MENYEBABKAN INDIVIDU KOMA

Menurut Dr.Zubaidi pula melalui blognya, beliau menceritakan tentang laporan dari sebuah akhbar bertarikh 22 November 2011, menceritakan tentang seorang ibu yang rebah dan berhenti nafasnya beberapa minit serta koma selepas mewarnakan rambutnya.

Ibu berkenaan telah mengalami tindak balas alahan terhadap kimia produk pewarna rambut dari jenama yang terkenal. Boleh baca artikel penuh di sini.

#3- MENINGKATKAN RISIKO KANSER

Dari sudut lain, kerap mewarna rambut juga boleh membuka kepada risiko penyakit kanser. Satu laporan yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology menunjukkan lelaki dan wanita yang menggunakan pewarna rambut kekal dan separa kekal selama 16 tahun atau lebih akan lebih menanggung risiko leukimia yang lebih tinggi.

Satu lagi kajian oleh Anastasia Tzonou, Dm. Sc dan rakan-rakan setuganya dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard dan Sekolah Perubatan Universiti Athens mendapati wanita yang mewarnakan rambut mereka 1-4 setahun menanggung 705 risiko diserang kanser ovari.

Artikel ini merupakan ringkasan daripada artikel asal. Untuk bacaan artikel asal boleh klik di sini.

Baca lagi : Masalah Rambut Dan Cara Mengatasinya

Ternyata mewarnakan rambut membuka ruang risiko terhadap masalah kesihatan diri. Pilihan di tangan sendiri, jadi pilihlah yang terbaik untuk kebaikan diri sendiri.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply