fbpx

Jangan Ambil Ringan! Ini Kesan Rambut Menipis dan Botak Terhadap Psikologi Manusia.

botak dan psikologi manusia-01

Mengalami keguguran rambut yang serius sehingga membawa kepada penipisan rambut dan lebih teruk lagi, botak merupakan antara masalah yang boleh memberi kesan terhadap psikologi manusia. Hal ini demikian kerana, rambut merupakan salah satu aset peribadi yang dapat memberikan tahap keyakinan diri kepada manusia. Namun sekiranya rambut mempunyai masalah, pasti keyakinan diri seseorang boleh menurun. Terdapat beberapa kesan psikologi terhadap manusia akibat menghadapi masalah rambut gugur atau botak.

#1- KEYAKINAN DIRI MENURUN

Seseorang yang mengalami masalah rambut gugur kronik dan botak pasti berhadapan dengan masalah imej dan penampilan. Hal ini pasti menyebabkan keyakinan diri menurun dan boleh membawa kepada perasaan rendah diri apatah lagi sekiranya pekerjaan yang dilakukan perlu sentiasa berhadapan dengan orang ramai.

Baca Lagi : 4 Ciri-Ciri Rambut Yang Bermasalah

#2- TERASA DIRI TUA, TAK TAMPAN, TAK CANTIK

Individu yang botak atau rambut semakin menipis pasti merasakan dirinya semakin tua dan tidak lagi berpeluang untuk tampil cantik dihadapan pasangan. Sebenarnya masalah rambut menipis dan botak boleh berlaku tanpa mengira peringkat umur. Namun sekiranya terjadi pada usia muda, pasti emosi seseorang lebih terganggu kerana merasakan diri tidak lagi kacak atau cantik.

#3- MENJEJASKAN PENAMPILAN

Seseorang yang mempunyai masalah rambut nipis dan botak juga boleh berhadapan dengan masalah penampilan di tempat kerja. Lazimnya seseorang yang bekerja dalam bidang yang memerlukannya sentiasa menjaga imej diri lebih terkesan dengan permasalahan ini. Cuba bayangkan, seorang perunding imej atau pramugara mempunyai rambut nipis dan jarang di tengah kepala. Tentu janggal bukan? Hal ini pasti memberi kesan terhadap self esteem dan kerjaya beliau.

#4- BOLEH MENYEBABKAN KEMURUNGAN

Keguguran rambut yang serius juga boleh menyebabkan kemurungan. Terasa diri tidak lagi kacak, atau cantik, menjejaskan penmapilan diri yang sebelum ini sentiasa segak bergaya pasti memberi kesan emosi yang berpanjangan sekiranya tidak dirawat. Apatah lagi sekiranya keguguran rambut yang serius ini adalah akibat rawatan atas penyakit berat yang dialami, pasti emosi yang dibawa lagi mendalam.

Kesimpulannya, masalah keguguran rambut yang serius juga memberi kesan terhadap emosi manusia. Sekiranya anda mempunyai masalah sebegini dan mahu mencari jalan penyelesaian, jangan bertangguh untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang diiktiraf.

Anda Suka Dengan Artikel Ini? LIKE dan SHARE di facebook. Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

 

Leave a Reply