fbpx

Ketahui Punca-punca Rambut Gugur Yang Boleh Mengakibatkan Botak.

Sebenarnya adalah normal untuk rambut manusia gugur dalam kuantiti sebanyak 100-150 helai sehari. Itu adalah satu proses yang normal namun sekiranya rambut mengalami keguguran yang teruk seperti gugur berkelompok atau sehingga menyebabkan rambut makin menipis, maka itu adalah tidak normal dan perlukan rawatan dari pakar. Sebenarnya terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan rambut gugur. Antaranya adalah seperti berikut :

#1)-GENETIK

Keturunan antara punca yang paling kerap dikaitkan dengan keguguran rambut yang serius. Ia boleh diwarisi di sebelah ibu atau bapa. Rambut wanita yang mewarisi gen ini biasanya nipis dan mudah gugur.

Keadaan ini dinamakan Androgenetic Alopecia. Ia boleh bermula tidak kira tahap usia seseorang .Jadi, cuba semak adakah keturunan anda mempunyai masalah rambut botak atau gugur yang keterlaluan? JIka ya, mungkin ini adalah salah satu jawapan untuk anda yang sedang mengalami masalah ini sekarang.

 

 

#2- MAKANAN

punca-punca rambut gugur-01

Pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyumbang kepada tahap rambut gugur yang kronik.Pemakanan yang seimbang adalah yang terbaik untuk tubuh badan dan rambut kita.Kekurangan zat besi, kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah, kerang dan lain-lain ketika haid bagi wanita juga boleh menyebabkan masalah keguguran rambut.

Amalan diet yang keterlaluan seperti pesakit anoreksia nervosa juga turut menyebabkan masalah rambut gugur secara berlebihan. Oleh itu, penting jaga pemakanan, bukan tubuh saja sihat, tapi rambut juga.

 

Baca Lagi : Makanan Yang Bagus Untuk Rambut

#3- PENYAKIT

punca-punca rambut gugur-02

Tidak semua penyakit boleh menyebabkan rambut gugur namun sememangnya terdapat beberapa penyakit yang menyumbang terhadap permasalahan ini. Infeksi terhadap kulit kepala seperti kurap dan tumbuhnya bakteria pada kulit kepala boleh menyebabkan akar rambut menjadi lemah.

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus juga boleh membuatkan rambut gugur secara banyak. Selain penyakit pada kulit kepala, penyakit diabetes dan juga kanser turut menjadi penyebab masalah keguguran rambut yang kronik.

#4- KIMOTERAPI

Keguguran rambut disebabkan kimoterapi berlaku kerana kimoterapi menyebabkan kerosakan sel-sel folikel rambut di kulit kepala dan folikel tersebut tidak dapat menghasilkan rambut baru.

Namun kebiasaanya keguguran rambut disebabkan kimoterapi hanyalah sementara. Bila selesai rambut akan tumbuh semula. Semoga sesiapa yang sedang berhadapan dengan kimoterapi terus tabah dan rambut yang gugur akan cepat tumbuh semula.

#5- SIMPTOM

punca-punca rambut gugur-05

Keguguran rambut juga berlaku hasil simptom pengambilan ubat-ubatan dan juga hormon badan manusia. Lazimnya wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yang banyak. Jangan risau, situasi ini adalah normal.Namun sekiranya selepas 6 bulan daripada bersalin rambut masih gugur dengan terlalu banyak sehingga merisaukan, sebaiknya anda bertemu doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

Bagi lelaki pula, antara punca masalah rambut gugur adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon Dihydrotestosterone (DHT). Hormon DHT dihasilkan di bahagian kelenjar adrenal. Ia adalah hormon seks lelaki dan semua lelaki menghasilkannya.

Melihat pada konteks masalah keguguran rambut, hormon DHT mengganggu akar rambut. Ini akan menyebabkan akar rambut gagal menyerap nutrisi dari kulit kepala.  Ia boleh menyebabkan rambut terbabit menjadi tidak sihat dan gugur.

Jangan ambil ringan, lakukan sesuatu untuk mengatasinya, ok?

#6- HABIT

punca-punca rambut gugur-06

Habit yang tidak elok seperti tidak menjaga kebersihan kulit kepala, dan juga gemar mengikat rambut dengan kuat juga boleh menyebabkan rambut gugur. Ada juga lelaki dan wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut.

Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda yang boleh menyebabkan ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut selain gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

Kalau anda rasa anda ada tabiat seperti itu, mungkin boleh mempertimbangkan untuk mula berubah.

 

Baca Lagi : Ciri-ciri Rambut Bermasalah

 

7) Bahan Kimia Berlebihan

Penggunaan bahan kimia berlebihan seperti kerap mewarnakan rambut dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut juga cenderung kepada masalah ini. Penggunaan bahan kimia berlebihan boleh merosakkan rambut sehingga ke akarnya.

Penggunaan syampu yang tidak sesuai dengan kulit kepala juga boleh menyumbang terhadap masalah keguguran rambut. Oleh itu pastikan anda membuat pilihan bijak dan memilih produk yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut anda ye.

8) Penjagaan Yang Tidak Betul

Rambut memerlukan penjagaan rapi untuk memastikannya kekal sihat, cantik dan tidak mengalami gugur yang keterlaluan. Ada sesetengah individu mengabaikan penjagaan rambut dan ini boleh menyebabkan masalah pada rambut seperti mudah putus, rosak dan tidak bermaya.

Bagi muslimah yang bertudung pastikan rambut kering dengan betul dahulu sebelum memakai tudung. Dan elakkan menyikat rambut dengan kuat ketika rambut masih basah. Kita pasti mahukan rambut yang sentiasa cantik, bukan? Jadi jagalah rambut kerana ia juga melambangkan personaliti anda.

Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel ini. Sesungguhnya setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya. Begitu juga dengan permasalahan rambut. Jangan putus asa dan dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan keguguran rambut yang serius.

Anda Suka Dengan Artikel Ini? LIKE dan SHARE di facebook. Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

 

Leave a Reply