fbpx

Ketahui Khasiat Yang Wujud Dalam Makanan Untuk Rambut Sihat. Yang Terakhir Paling Unik.

Bukan badan kita sahaja yang memerlukan diet yang betul, tapi rambut juga. Rambut memerlukan khasiat makanan dan diet yang sesuai agar ianya kekal sihat dan bersinar. Berikut merupakan sumber yang diperlukan oleh rambut bagi kekal cantik dan sihat.

#1- VITAMIN

sumber vitamin untuk rambut-01

Minyak hati ikan kod. Sumber gambar dari google

Vitamin A membantu dalam menghasilkan sebum iaitu minyak pada kulit kepala. Sebum menjaga rambut daripada menjadi kering dan pecah. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan kod, buah pic, lobak merah dan bayam.

Baca lagi :Mengenali Ciri-Ciri Rambut Bermasalah

#2- BIOTIN

sumber vitamin untuk rambut-02

 

Biotin ialah vitamin B yang membantu untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan cepat. Biotin merupakan sejenis vitamin yang larut air. Ini bermakna badan kita tidak menyimpannya dan mengelaurkannya setiap hari. Jadi kita memastikan badan kita cukup sumber biotin setiap hari. Antara makanan yang kaya dengan biotin ialah mentega kacang, telur, salmon dan avocado.

#3- VITAMIN C

sumber vitamin untuk rambut-03

Kebanyakan daripada kita sedar bahawa vitamin C adalah baik untuk meningkatkan imuniti badan kita. Namun ramai yang tidak tahu bahawa vitamin C juga baik untuk menyihatkan dan menguatkan rambut. Hal ini kerana vitamin C membantu menghasilkan kolagen iaitu protein yang penting untuk membantu mengekalkan rambut yang sihat. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin C ialah limau, strawberi, buah kiwi, brokoli dan taugeh.

#4- VITAMIN E

sumber vitamin untuk rambut-04

Credit Image : Dreamstime.com

Vitamin E ialah antioksidan yang membantu dalam pembaikan dan pembinaan tisu. Kebaikan vitamin E untuk kulit kepala ialah ia membantu meningkatkan peredaran darah, meningkatkan bekalan oksigen dan membaiki kerosakan folikel rambut. Antara sumber makanan bagi vitamin E ialah brokoli, avocado dan badam.

#5- VITAMIN D

Cara mendapatkan vitamin D selain makanan adalah agak unik iaitu anda boleh menghabiskan masa di bawah matahari sekitar 5 sehingga 30 minit di antara waktu 10 pagi sehingga 3 petang  sekurang-kurangnya dua kali seminggu biasanya akan membekalkan vitamin D yang memenuhi keperluan harian ( Holick, 2007). Bagi sumber makanan yang mempunyai vitamin D pula ialah salmon, udang dan yogurt.

Ini adalah jenis-jenis vitamin yang wujud dalam makanan semulajadi yang bagus untuk rambut. Diharapakan artikel ini dapat memberi manfaat dan idea untuk anda dalam usaha menjaga rambut agar kekal cantik dan bersinar.

Baca lagi : Perlu Cuba Lima Petua Tradisional Atasi Rambut Gugur

Anda Suka Dengan Artikel Ini? LIKE dan SHARE di facebook. Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

Leave a Reply