fbpx

5 Jenis Masalah Rambut Dan Cara Mengatasinya

Rambut perlu dijaga sebaiknya kerana ia merupakan aset penting seseorang individu. Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan rambut yang sihat. Selain rawatan moden, rawatan tradisional seperti petua-petua tradisional juga adakalanya boleh membantu mendapatkan rambut yang sihat, cantik dan bersinar. Namun adakalanya jenis-jenis rambut juga memainkan peranan dalam menentukan jenis rawatan yang perlu dilakukan. Jom kita lihat jenis rambut, cara merawatnya dan juga cara mencegah masalah rambut.

Baca lagi : Punca-punca Botak

#1- RAMBUT GUGUR

masalah rambut dan cara mengatasi-01

Rambut gugur sering dialami oleh kebanyakan orang. Adakalanya masalah hormon yang menyebabkan masalah keguguran kronik ini berlaku namun ada juga masalah keguguran rambut ini berpunca daripada faktor pemakanan dan juga penggunaan produk yang tidak sesuai.

Terdapat beberapa cara mengatasi masalah rambut gugur ini antaranya ialah jaga pemakanan, tidak mewarnakan rambut dan urut rambut sehingga ke kulit kepala agar aliran darah lancar dan menyihatkan rambut.

#2- KELEMUMUR

masalah rambut dan cara mengatasi-02

Satu lagi masalah yang sering dihidapi oleh kebanyakan indidvidu ialah kulit kepala berkelemumur sekaligus boleh menjejaskan penampilan dan tahap keyakinan diri. Sebagai contoh seorang lelaki yang kerjayanya sering bertemu dengan orang ramai setiap hari sudah pasti boleh membuatkannya terganggu dengan masalah kelemumur yang melanda.

Antara cara menghindari kelemumur ialah setiap kali mencuci rambut pastikan benar-benar bersih, tidak tidur dalam keadaan rambut masih basah serta lembap dan pilih pencuci rambut yang sesuai.

#3- RAMBUT BERMINYAK

masalah rambut dan cara mengatasi-03

Rambut berminyak disebabkan oleh faktor kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak dan melekit. Hal ini pasti membuatkan pemilik rambut jenis ini merasa kurang selesa. Cara mengatasinya ialah cuci rambut menggunakan pencuci yang bersesuaian secara teratur. Cari pencuci yang sesuai dengan rambut yang berminyak.

#4- RAMBUT KERING

masalah rambut dan cara mengatasi-04

Rambut kering kelihatan kusam dan tidak bermaya. Hal ini disebabkan oleh kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif. Selain itu, rambut kering juga akan menjadi mudah kusut dan pasti akan membuatkan penampilan anda kelihatan serabai.

Cara mengatasinya ialah jangan lupa pakai perapi yang bersesuaian kerana perapi dapat membantu melembapkan rambut dan merapikan rambut yang kering dan mengelakkannya kelihatan lebih kusut.

#5- RAMBUT BERUBAN PADA USIA MUDA

masalah rambut dan cara mengatasi-05

Ada juga individu yang masih muda namun rambut sudah beruban. Antara faktor yang menyebabkan rambut beruban pada usia yang muda ialah genetik dan juga pemakanan. Faktor genetik mungkin agak sukar untuk mengelakkannya namun diet yang betul dengan mengurangkan makanan rapu atau makanan ringan dapat membantu mengurangkan risiko rambut beruban pada usia yang muda.

Selain itu, elakkan juga merokok dan amalkan gaya hidup yang sihat kerana semua ini juga berkaitan dengan permasalahan rambut. Hal ini kerana apa yang terjadi pada tubuh badan kita juga sedikit sebanyak berhubung kait dengan amalan atau gaya hidup kita.

Baca lagi : 5 Sebab Uban Tumbuh Pada Usia Yang Muda

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Peliharalah kesihatan rambut kerana itu juga merupakan salah satu aset penting yang kita ada.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

 

Leave a Reply