fbpx

Ini 5 Perkara Menarik Tentang Rambut

 

perkara menarik tentang rambut -02

Sumber gambar : Google

Rambut merupakan mahkota sama ada untuk lelaki atau perempuan. Rambut juga merupakan aset untuk seseorang individu. Keadaan rambut juga menyumbang terhadap imej dan penampilan seseorang individu. Cuba bayangkan seorang pekerja lelaki yang sering berurusan dengan pelanggan, tapi memiliki rambut yang kusut tidak bermaya. Sudah tentu ini akan memberi kesan terhadap imej.

Berbeza pula dengan seseorang yang memilik gaya yang kemas, ditambah dengan rambut yang sihat, kemas dan tersisir rapi, sudah tentu gaya itu lebih meyakinkan. Selain memberi kesan dalam penampilan seseorang, banyak perkara menarik  lain tentang rambut sebenarnya. Jom kita lihat antara yang menarik tentang rambut kita.

Baca lagi : Masalah Rambut Dan Cara Mengatasinya

#1- HELAI RAMBUT YANG TUMBUH

perkara menarik tentang rambut -06

Tahukah anda pertumbuhan rambut setiap indidvidu adalah berbeza-beza? Ya, betul memang berbeza. Kadar pertumbuhan rambut dipengaruhi oleh faktor genetik dan juga fasa anagen. Fasa anagen itu maksudnya ialah fasa di mana protein akan masuk ke dalam akar rambut, dan seterusnya akan mengumpulkan sel-sel yang memebentuk struktur berbentuk tali, dan itu adalah rambut. Jadi, semakin panjang fasa anagen tersebut maka akan semakin banyak rambut yang tumbuh.

#2- RAMBUT GUGUR

perkara menarik tentang rambut -03

Sebenarnya sekiranya rambut gugur dalam kuantiti normal, sekitar 50-100 helai sehari ia adalah sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Namun sekiranya rambut gugur dalam kuantiti yang sangat banyak sehingga kulit kepala kelihatan menipis, anda perlu mendapatkan rawatan daripada pakar. Hal ini demikian kerana, dikhuatiri anda akan mengalami kebotakan. Ada kaedah untuk mengatasi masalah ini, dipanggil teknik hair transplant atau tanam rambut. Klik di sini untuk keterangan lanjut.

#3- WARNA RAMBUT MANUSIA BERBEZA

perkara menarik tentang rambut -04

Ada manusia yang warna rambut aslinya hitam, ada yang coklat gelap dan ada juga yang berwarna perang atau jarang-jarang sekali berwarna merah secara aslinya. Semua ini adalah disebabkan jumlah melanin atau pigmen yang terdapat dalam rambut seseorang.

Pigmen rambut adalah sesuatu unsur yang menentukan warna rambut manusia. Warna rambut juga dipengaruhi oleh bangsa dan juga yang berkaitan dengan iklim sekitarnya. Contohnya, bangsa dari Asia lazimnya rambut berwarna hitam dan bangsa Eropah lazimnya berambut perang.

#4- JENIS RAMBUT MANUSIA JUGA BERBEZA

perkara menarik tentang rambut -05

Selain daripada warna rambut yang berbeza, manusia juga memiliki jenis rambut yang berbeza. Ada yang memiliki rambut yang lurus, ada yang kerinting halus ada yang berkerinting tebal, ada yang memiliki rambut yang ikal. Semua ini terjadi kerana yang menentukan bentuk jenis rambut ialah folikel rambut. Ia juga dipengaruhi oleh genentik yang dipengaruhi oleh ibu bapa atau keturunan anda.

#5- BAYI TERUS MEMILIKI RAMBUT

perkara menarik tentang rambut -07

Credit Image : Mirror

Apabila lahir, bayi akan terus memiliki rambut. Ada yang lebat dan ada yang sebaliknya. Ia adalah sesuatu yang normal kerana secara faktanya, pertumbuhan rambut seseorang manusia bermula sejak dalam kandungan lagi. Jadi ia adalah sesuatu yang tidak perlu dihairankan apabila melihat seseorang bayi yang baru lahir dengan rambut yang begitu lebat.

Baca lagi : Punca-punca Botak.

Demikian antara perkara menarik tentang rambut. Rambut adalah sangat penting untuk membentuk imej dan penampilan seseorang individu, oleh itu kita sepatutnya mengambil berat tentang rambut kita sama ada tentang cara penjagaan rambut, bentuk gaya rambut atau sebagainya.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply