fbpx

Pakai Topi Punca Botak? Mitos Atau Fakta? Artikel Ini Ada Jawapannya.

Sumber gambar : http://dailywot.com

Topi merupakan antara aksesori yang melengkapkan gaya bagi seorang lelaki. Ada lelaki yang gemar dengan gaya yang kelihatan cool dan santai, jadi topi merupakan antara barangan wajib pakai dalam sesetengah situasi. Tapi pernah dengar tak, kalau pakai topi boleh buat rambut gugur kemudian akhirnya kulit kepala berisiko menjadi botak?Eh betul ke ni? Mitos atau benar?

Baca lagi : Kenali Teknik Tanam Rambut

Sumber gambar : Google via Gaya Hidup

Menurut Dr.Alan Bauman, seorang pakar pemulihan rambut, perkara itu adalah tidak benar dan mitos semata-mata. Menurut beliau, masalah keguguran rambut bagi lelaki berlaku apabila terjadinya pengecilan folikel rambut yang progresif dan sensitif terhadap hormon DHT. Boleh baca kaitan botak dengan DHT ni kat sini, Ambil Tahu, Punca Botak Dalam Kalangan Kaum Lelaki. Cegah Sebelum Parah.

Tambah Dr.Alan lagi, sesetengah individu memakai topi sebab nak tutup bahagian kepala yang botak selain untuk menampakkan diri lebih muda.

Menurut U.S News & World Report pula, pemakaian topi tidak akan menyebabkan rambut gugur sama sekali, namun pemakaian topi yang kotor boleh menyebabkan jangkitan terhadap kulit kepala.

Sumber gambar : Google

Baca lagi : Atasi Kebotakan Dengan Kaedah Tanam Rambut

Jadi kepada kaum lelaki, jangan takut-takut pakai topi ya, sebab ternyata tak ada kena mengena dengan masalah botak. Pakai topi ni selain melindungi kepala dari panas, menampakkan seseorang itu lebih santai.Ok sebelum menutup artikel, penulis nak tanya, ada yang suka pakai topi kat sini?

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply