fbpx

Khas Untuk Para Jejaka, Ini 5 Langkah Memperoleh Rambut Sihat.

tip penjagaan rambut -01

Sumber gambar : Google

Lelaki pada zaman sekarang sememangnya mementingkan soal penampilan diri. Salah satu perkara yang sering dan perlu diambil berat oleh lelaki dalam soal penampilan diri sudah tentu berkaitan rambut. Rambut yang kemas dan sihat pasti memberikan imej yang baik untuk penampilan seseorang jejaka. Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan oleh seseorang lelaki dalam usaha menjaga rambut. Berikut merupakan antara langkah-langkah yang boleh diambil  oleh lelaki untuk mendapatkan rambut yang kekal sihat.

#1-ELAKKAN KAFIEN YANG BERLEBIHAN

tip penjagaan rambut-03

Kafein yang berlebihan bukan saja tidak elok untuk kesihatan tapi juga memberikan kesan jangka masa panjang untuk kesihatan rambut anda. Hal ini demikian kerana kafein yang berlebihan akan menyebabkan tubuh badan kita kekurangan zat besi yang penting untuk badan. Salah satu penyebab kepada kekurangan zat besi ialah rambut akan jadi mudah gugur.

Baca lagi : Jenis-Jenis Botak.

#2- SENAM BAIK UNTUK BADAN DAN RAMBUT

tip penjagaan rambut -04

Apakah kaitan rambut dengan bersenam? Bukankah dengan bersenam hanya dapat dapat menyihatkan badan bukan rambut? Ok sebenarnya apabila kita bersenam, peredaran darah dalam badan akan sampai ke kepala dan seterusnya ia akan membawa nutrien-nutrien yang diperlukan ke kepala. Ini dapat membantu memelihara kulit kepala dan rambut. Jadi, jangan lupa bersenam. Selain badan sihat, rambut pun boleh sekali sihat.

#3- AMBIL DIET YANG SEIMBANG

tip penjagaan rambut -04

Sumber gambar : pixabay

Diet harian juga perlu dijaga sebaiknya kerana faktor pemakanan yang baik juga menyumbang terhadap rambut yang sihat. Makanan yang ada zat besi seperti kerang, biotin, vitamin A, Vitamin D merupakan antara contoh makanan yang baik untuk rambut. Kurangkan makanan ringan dan segera. Jangan makan terlalu kerap makanan yang kurang sihat.

#4- CARA BASUH RAMBUT

tip penjagaan rambut -02

Cara kita mencuci rambut juga boleh menyumbang terhadap kesihatan rambut. Salah satu perkara yang perlu dielakkan ialah, jangan mencuci rambut menggunakan air panas kerana air panas boleh menyebabkan kerosakan pada akar rambut dan juga menyebabkan rambut menjadi mudah gugur. Guna air sejuk atau air biasa adalah lebih baik. Selain itu, guna pencuci yang sesuai dengan rambut. Elakkan menggunakan pencuci rambut yang tidak sesuai dengan rambut anda.

#5- KEKALKAN KEASLIAN RAMBUT

tip penjagaan rambut -05

Kekalkan keaslian rambut disini bermaksud kurangkan aktiviti mewarna rambut atau meluruskan rambut kerana melakukan aktiviti sebegini terlalu kerap boleh merosakkan dan melemahkan struktur rambut.

Baca lagi : Punca-punca Botak

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas ini boleh diambil dalam usaha mengekalkan kesihatan rambut. Rambut yang sihat, cantik bersinar dan kelihatan kemas pasti akan membuatkan anda kelihatan lebih berkeyakinan dan berketrampilan.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

Leave a Reply