fbpx

5 Alternatif Penjagaan Rambut Cara Mudah

Rambut merupakan aset dan mahkota bagi seseorang jadi tidak hairanlah sekiranya rambut sering diberikan perhatian yang rapi. Sekiranya terdapat masalah berkaitan rambut, pasti seseorang yang betul-betul teliti tentang rambutnya akan mencari penyelesaiannya agar masalah tersebut tidak menjadi semakin teruk. Untuk artikel kali ini, kita akan membicarakan tentang alternatif untuk menjaga rambut agar ia terus kelihatan segar dan sihat.

#1- JAGA PEMAKANAN

penjagaan rambut 01

Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk mendapatkan rambut yang sihat. Pastikan diet anda mempunyai makanan yang terkandung khasiat yang baik untuk rambut seperti vitamin A, biotin (vitamin B), vitamin C, vitamin E dan vitamin D. Contoh makanan yang mempunyai vitamin A ialah lobak merah, vitamin B, avocado, vitamin C, buah kiwi dan vitamin E, badam.

Baca lagi : Punca-punca Botak.

#2- URUT KULIT KEPALA

penjagaan rambut 02

Mengurut dapat membantu minyak semulajadi yang ada pada rambut kita tersebar di sekitar kulit kepala dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan rambut daripada menjadi simpul dan gugur. Selain itu, urutan lembut di kepala juga dapat merangsang pengedaran darah, menghilangkan sakit kepala dan juga melegakan lenguh kawasan sekitar kepala.

#3- RAJIN AMALKAN PETUA

penjagaan rambut 03

Terdapat beberapa petua tradisional tentang penjagaan rambut. Tidak salah untuk kita mengikutinya kerana itu adalah rawatan alternatif yang tidak membahayakan malah ada yang dapat memberikan hasil yang memuaskan sekiranya konsisten dengan amalan berkenaan. Sebagai contoh, amalan melumur rambut dengan santan merupakan petua yang terkenal dan diamalkan sejak sekian lama.

#4- BERSIHKAN RAMBUT MENGIKUT KADAR BERSESUAIAN

 

penjagaan rambut 04

Rambut perlu di cuci dengan syampu yang bersesuain agar kekal bersih dan berbau harum. Pastikan anda mencari syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala anda kerana syampu yang tidak bersesuaian juga punca rambut gugur yang keterlaluan.

#5- KERINGKAN RAMBUT SEBELUM MENUTUP KEPALA

penjagaan rambut 05

Sebelum memakai tudung bagi wanita dan memakai songkok atau topi bagi lelaki, pastikan rambut anda telah kering terlebih dahulu. Hal ini sangat penting untuk mengelakkan masalah lain daripada berlaku seperti kelemumur di kulit kepala atau rambut menjadi putus dan rapuh apabila terlalu kerap ditutup ketika masih lembap atau basah.

Baca lagi : Kenali Teknik Menanam Rambut (Hair Transplant)

Ini adalah antara penjagaan alternatif yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit kepala dan rambut yang sihat. Rambut yang sihat adalah penting untuk meningkatkan keyakinan diri, jadi jangan ambil mudah tentang penjagaan rambut anda. Selamat mencuba.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

Leave a Reply