fbpx

Ketahui Petua Menarik Penjagaan Rambut. Manfaat Daripada Alam Semulajadi

Rambut merupakan aset penting yang membentuk penampilan diri untuk wanita dan lelaki. Rambut yang sihat, segar dan wangi merupakan idaman untuk semua orang.  Masalah rambut gugur yang agak kronik boleh menyebabkan masalah botak atau penipisan rambut.Hal ini pasti boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang. Secara normal manusia kehilangan rambut dalam 100 helai sehari dan ini adalah normal namun sekiranya lebih itu adalah antara petanda rambut tidak sihat. Berikut merupakan antara petua tradisional yang menggunakan bahan semulajadi  yang boleh dicuba untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan rambut :

#1- LIDAH BUAYA

petua penjagaan rambut-01

Baca lagi : Petua Tradisional Untuk Rambut

Manfaat luar biasa lidah buaya terhadap kesihatan rambut sememangnya telah diketahui sejak zaman berzaman. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya banyak produk di pasaran menggunakan khasiat lidah buaya ini sebagai bahan utama dalam produk mereka. Caranya ialah, ambil lidah buaya, potong tengahnya dan ambil lendirnya. Lumur pada rambut dan biarkan selama limat minit sebelum dibilas bersih.

#2- MINYAK ZAITUN

petua penjagaan rambut-02

Antara khasiat minyak zaitun pada rambut ialah merawat atau mengurangkan kerosakan rambut akibat kerosakan yang berpunca daripada bahan kimia seperti penggunaan produk perapi atau pewarna rambut.Caranya ialah campurkan dua sudu minyak zaitun asli dengan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur. Urut kepala selama 10 minit dan tutup rambut dengan tuala mandi dan keesokannya cuci dengan syampu.

#3- DAUN INAI

petua penjagaan rambut-03

Baca lagi :Makanan Untuk Rambut Anda Sihat

Sejak dari dulu lagi daun inai diakui mempunyai khasiat untuk rambut dan kulit kepala. Caranya ialah kisar daun inai, campurkan dengan air untuk dijadikan pes. Ratakan diseluruh kulit kepala dan bilas dengan air bersih.

Selamat mencuba.

Anda Suka Dengan Artikel Ini? LIKE dan SHARE di facebook. Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

Leave a Reply