fbpx

Rawat Rambut Kering Dengan Minyak Zaitun Dan Lidah Buaya

Rambut kering adakalanya memang merungsingkan dan menjejaskan penampilan. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan rambut menjadi kering. Antaranya ialah rambut terlalu lama terdedah pada sinar matahari, kerap menggunakan shampoo yang mengandungi bahan kimia seperti silikon, SLS dan SLES dan banyak lagi. Jom kita lihat petua menggunakan bahan alami iaitu minyak zaitun dan lidah buaya dalam usaha untuk mengatasi masalah rambut kering.

Baca lagi :  Menarik Tentang Rambut

#1- MINYAK ZAITUN

Petua penjagaan rambut-01

Minyak zaitun merupakan minyak yang mempunyai manfaatnya yang tersendiri untuk rambut. Untuk merawat rambut menggunakan minyak zaitun, caranya ialah lumurkan minyak zaitun pada kulit kepala dan tutup rambut yang telah dilumur berkenaan dengan tuala. Selepas itu bilas dengan air. Mudahkan.

#2- LIDAH BUAYA

Petua penjagaan rambut-02

Cara kedua ialah boleh menggunakan lidah buaya, sebagai alternatif alami untuk rambut kelihatan lembut dan bersinar. Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai aloe vera sebenarnya memberi manfaat untuk merawat rambut kering.

Cara mengamalkannya sangat mudah. Hanya perlu membuang kulitnya dan lumurkan isinya ke kulit kepala. Kulit kepala akan berasa sejuk je bila dilumur dengan aloe vera ni.

Baca lagi :  Petua Tradisional Melayu Untuk Rambut

Ini adalah kaedah alternatif menggunakan bahan alami untuk mengatasi masalah rambut kering. Ringkas dan mudah tapoi perlulah konsisten mengamalkannya agar nampak hasilnya. Selamat mencuba.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply