fbpx

Ada Masalah Rambut Gugur? Perlu Cuba Lima Petua Tradisional Melayu

Rambut gugur merupakan masalah yang sering berlaku dalam kalangan kita. Sebenarnya adalah normal untuk rambut gugur dalam kuantiti yang tertentu namun sekiranya jumlah gugur adalah keterlaluan ia adalah agak membimbangkan. Selain masalah rambut gugur, masalah-masalah lain rambut  seperti rambut bercabang, rambut rapuh dan rambut kering juga perlu diberi perhatian. Salah satu cara untuk membaiki dan mengekalkan kesihatan rambut ialah melalui penggunaan petua-petua tradisional. Apakata cuba petua tradisional ini untuk mengurangkan rambut gugur. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang optimum.

 

petua tradisional untuk rambut -01

credit image : Utusan Online

#1- SANTAN

Santan kepala sememangnya terkenal dalam masyarakat kita. Selain dapat digunakan untuk menyediakan juadah yang lazat, santan kepala juga sangat baik untuk rambut dan kulit kepala serta untuk mengelakkan rambut gugur. Caranya ambil pati santan, iaitu santan yang pekat. Kemudian lumur pada rambut dan kulit kepala, urut pelahan dan biarkan seketika. Bilas bersih. Amalkan dua kali seminggu dan lihat hasilnya.

petua trasional untuk rambut-02

#2-MINYAK KELAPA DAN ZAITUN

Minyak kelapa dan minyak zaitun mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk penjagaan rambut dan kulit kepala. Campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak masak. Sapukan ke seluruh rambut bermula dari kulit kepala. Urut kepala secara perlahan, dan kemudian tutup rambut dengan plastik penutup kepala. Biarkan selama dua jam dan kemudian bersihkan rambut.

Baca Lagi : Kenali Ciri-Ciri Rambut Mula Bermasalah

 

#3- LIMAU NIPIS DAN PUTIH TELUR

Limau nipis dan putih telur merupakan kombinasi tradisional yang baik untuk mengurangkan rambut gugur. Caranya, perah tiga biji limau nipis, campur dengan dua biji putih telur. Biarkan selama dua jam. Kemudian cuci bersih. Mudah bukan?

petua tradisional untuk rambut -04

Credit image : My Malaysian Post

#4- DADIH

Siapa sangka dadih yang enak dimakan rupanya boleh digunakan sebagai bahan untukmengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Caranya, ambil dadih dan lumurkan pada rambut. Biarkan selama satu jam. Kemudian bilas. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

petua tradisional untuk rambut -05

Baca Lagi : 9 Makanan Untuk Rambut Cantik

#5-KACANG HIJAU

Air kacang hijau bagus untuk merawat rambut gugur. Caranya mudah, iaitu rendam kacang hijau semalaman, tapis kacang hijau dan ambil airnya. Sapu ke seluruh kulit kepala dan urut perlahan. Lakukan secara konsisten 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Tidak salah mencuba petua tradisional ini malah cara ini lebih menjimatkan wang dan bebas bahan kimia. Selamat mencuba.

Anda Suka Dengan Artikel Ini? Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

 

 

Leave a Reply