fbpx

Genetik dan Stress Punca Uban Pada Usia Muda?

stress dan genetik punca uban awal

Rambut merupakan aset terpenting untuk manusia. Tidak kira lelaki atau perempuan, rambut diibaratkan sebagai mahkota yang boleh mengindahkan lagi penampilan. Rambut yang cantik, kemas dan lebat mampu memberi imej yang baik untuk pemiliknya. Keyakinan diri juga boleh meningkat apabila penampilan fizikal kita baik.

Namun adakalanya ia tidak semudah yang diharapkan, terdapat pelbagai masalah rambut yang boleh menyebabkan imej diri terjejas, contohnya beruban pada usia yang muda.

stress dan genetik punca uban awal-01

Baca lagi :Rawat Rambut Kering

Menurut pakar Sakit Kulit Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Nazirin Ariffin, beliau berkata kebanyak orang Asia mula beruban pada umur akhir 30an.

Namun ada segelintir individu yang akan mengalami uban yang ketara apabila umur mencecah 50an. Terdapat juga yang mengalami masalah uban walaupun usia masih belum mencecah usia 30an.

Tambah beliau lagi, antara punca sebenar rambut beruban sebelum usia tua masih tidak dapat dipastikan namun faktor genetik memainkan peranan dalam masalah ini.

stress dan genetik punca uban awal-02

Sekiranya ibu atau ayah mempunyai masalah beruban dalam usia muda, ia boleh menyebabkan kemungkinan anak-anak juga akan beruban pada usia yang muda.

Selain itu, tambah beliau lagi, faktor tekanan juga boleh mempercepatkan lagi proses rambut menjadi beruban.

Baca lagi : Kaedah Tanam Rambut

Jadi elakkan stress untuk mengelakkan rambut menjadi beruban lebih cepat. Namun yang beruban muda disebabkan genetik, ia mungkin satu perkara yang sukar untuk dielakkan.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply