fbpx

Ada Masalah Kelemumur? Kenali 8 Punca Kelemumur dan Langkah Pencegahannya.

punca kelemumur

Sumber gambar : Google

Masalah kelemumur merupakan antara masalah yang sering berlaku dalam kalangan sesetengah individu. Kelemumur memang membuatkan penampilan boleh terjejas apatah lagi bagi kelemumur yang agak teruk sehingga menyebabkannya ia jelas kelihatan.

Merujuk kepada Portal My HEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia kelemumur merupakan keadaan di mana kulit kepala yang mati dan mengelupas secara berlebihan. Jom kita lihat punca-punca terjadinya kelemumur.

Baca lagi : Rawat Rambut Kering Dengan Minyak Zaitun Dan Lidah Buaya

#PUNCA-PUNCA KELEMUMUR

1. Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur.

2. Jarang bersyampu atau membilas rambut dengan sempurna juga menyumbang terhadap pertumbuhan kelemumur.

3. Jangan terkejut, stress pun menyumbang terhadap pertumbuhan kelemumur jugak tau.

4. Daya imuniti yang rendah dalam diri seseorang individu juga boleh menyebabkan kelemumur terjadi pada kulit kepala.

5. Kalau kerap sangat menyembur rambut, menggunakan gel pun boleh sebabkan kelemumur juga..

6. Lagi satu perubahan hormon dalam badan pun penyebab kelemumur.

7. Selain itu, menggunakan pewarna rambut yang tidak sesuai juga menyebabkan masalah ini.

8. Ada lagi,iaitu kulit kepala yang terlalu berminyak pun penyebab kelemumur.

Banyak juga ya faktornya. Ok macamna nak cegah kelemumur ni ye? Ok jom teruskan bacaan.

#BAGAIMANA NAK CEGAH KELEMUMUR NI?

Yang pertama sekali pastikan menggunakan syampu yang sesuai dengan anda dan syampu dengan kerap sekiranya kulit kepala anda jenis berminyak.

Elakkan juga penggunaan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut.

Baca lagi : Punca Terjadinya Masalah Kelemumur

Untuk mengelakkan masalah kelemumur daripada tumbuh atas kulit kepala hindari juga penyebab-penyebabnya. Jaga kesihatan dan kebersihan kulit kepala dengan cara mencuci kulit kepala dengan bersih dan sempurna.

Rujukan dan sumber artikel asal daripada : My HEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply