fbpx

Ketahui 5 Punca Terjadinya Masalah Kelemumur

Rambut merupakan mahkota bagi seorang lelaki dan juga perempuan. Menjaga rambut tidak susah namun tidak pula terlalu mudah. Salah satu masalah yang sering berlaku dalam kalangan kita ialah masalah kelemumur. Tak selesa rasanya kalau ada kelemumur kan? Selain menyebabkan kulit kepala menjadi gatal, kelemumur juga boleh menjejaskan kecantikan kulit kepala. Kelumumur juga boleh membuatkan penampilan seseorang itu terjejas. Mari kita lihat apakah punca terjadinya kelemumur.

#1- TIDAK CUCI RAMBUT

punca-punca kelemumur-01

Gambar hiasan

Jarang mencuci rambut atau tidak mencuci rambut dengan betul boleh menyumbang terhadap terjadinya kelemumur. Hal ini kerana sekiranya anda tidak mencuci rambut, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina dan ini akan menyebabkan kelemumur.

#2- JANGKITAN KULAT

punca-punca kelemumur-02

Jangkitan kulat bernama Yis Malassezia juga boleh menyebabkan terjadinya masalah kelemumur. Kulat Malassezia ini biasanya akan hidup di kulit kepala. Sekiranya kulat ini berlebihan, ia boleh menyebabkan terjadinya kelemumur di kulit kepala.

#3- MASALAH KULIT

punca-punca kelemumur-03

Ada juga dalam kalangan kita yang menghidap masalah kulit seperti psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa. Penyakit ini boleh menjejaskan kitaran hidup sel kulit dan juga membentuk sisik tebal, kulit menjadi kemerahan, gatal dan kering. Selain itu, pengidap penyakit kulit ekzema juga mudah mengalami masalah kelemumur.

#4- SENSITIF DENGAN PRODUK

punca-punca kelemumur-04

Terdapat juga sesetengah produk yang tidak sesuai diguna pakai oleh sesetengah individu. Bagi mereka yang sensitif dengan sesetengah produk rambut, kulit kepala boleh menjadi gatal dan kemerahan. Pastikan produk yang anda guna adalah sesuai untuk kulit kepala dan rambut anda untuk mengelakkan masalah kulit kepala seperti kelemumur ini daripada berlaku.

#5- TERLALU KERAP MENCUCI RAMBUT

Walaupun kita disyorkan mencuci rambut, namun cucian rambut yang terlampau kerap juga sebenarnya boleh menyebabkan kelemumur.Jadi berpada-pada dalam mencuci rambut. Tidak terlalu kerap namun tidak pula terlalu jarang sekiranya anda dalam kategori yang mudah berkelemumur sekiranya terlampau kerap membasuh rambut.

Baca lagi : 5 Sebab Uban Tumbuh Pada Usia Yang Muda

Sekiranya masalah kelemumur anda semakin serius, dinasihatkan agar berjumpa dengan pakar bertauliah untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

 

Leave a Reply