fbpx

Ambil Tahu, Punca Botak Dalam Kalangan Kaum Lelaki. Cegah Sebelum Parah.

punca botak dalam kalangan lelaki

Rambut yang kemas dan lebat idaman hampir semua lelaki. Namun adakalanya yang diimpikan tidak seindah mimpi. Terdapat pelbagai masalah rambut yang wujud dalam kalangan kaun lelaki ini dan salah satunya ialah masalah rambut botak. Botak merupakan satu masalahyang sering berlaku kepada lelaki tidak mengira peringkat usia. Botak pasti menjadi igauan ngeri bagi sesetengah lelaki. Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan botak dalam kalangan lelaki. Antara punca-puncanya ialah

#1- MASALAH HORMON

Antara punca masalah rambut disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon Dihydrotestosterone (DHT). Hormon DHT dihasilkan di bahagian kelenjar adrenal. Ia adalah hormon seks lelaki dan semua lelaki menghasilkannya.

Melihat pada konteks masalah keguguran rambut, hormon DHT mengganggu akar rambut. Ini akan menyebabkan akar rambut gagal menyerap nutrisi dari kulit kepala.  Ia boleh menyebabkan rambut terbabit menjadi tidak sihat dan gugur.

Baca lagi :Kenali Teknik Tanam Rambut

#2- BAHAN KIMIA BERLEBIHAN

Penggunaan bahan kimia berlebihan seperti mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut juga cenderung kepada masalah ini. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya rambut gugur terjadi.

#3- FAKTOR GENETIK

Faktor seterusnya adalah genetik.  Sekiranya seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.

Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita atau lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

#4- TABIAT MENARIK RAMBUT

Ada juga lelaki dan wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda yang boleh menyebabkan ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut selain gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

Baca lagi : Jenis-Jenis Botak

#5- UBAT-UBATAN

Ubat-ubatan dan kemoterapi juga menyumbang terhadap rambut gugur yang serius dalam kalangan individu. Selain itu, ubat darah tinggi dan juga ubat perancang keluarga juga dapat menyebabkan keguguran rambut dalam tempoh sementara ubat berkenaan diambil.

Ternyata faktor-faktor ini menyumbang terhadap masalah botak dalam kalangan lelaki. Bagi mereka yang menghadapi masalah ini dinasihatkan agar bertemu dengan pakar yang diiktiraf agar masalah rambut botak atau hampir botak ini dapat di atasi.

KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN NASIHAT PAKAR BERKAITAN RAMBUT

Anda Suka Dengan Artikel Ini? LIKE dan SHARE di facebook. Ingin ketahui penjagaan rambut yang betul? Mahu Rambut Anda Sentiasa Lebat, Kuat Dan Berkilau? Dapatkan pelbagai tips menarik dari kami. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bawah ini.

Leave a Reply