fbpx

Stress Yang Keterlaluan Boleh Menyebabkan Botak. Benarkah?

stress punca botakBotak merupakan salah satu mimpi ngeri bagi sesetengah lelaki yang tidak suka berpenampilan botak. Antara faktor penyebab rambut menjadi nipis seterusnya botak ialah keguguran rambut yang kronik. Keguguran rambut pula berpunca dari pelbagai faktor.

Antara faktor keguguran rambut yang kronik ialah tekanan fizikal dan tekanan psikologi. Tekanan fizikal yang agak teruk seperti kemalangan yang memerlukan pembedahan boleh menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan masalah rambut.

Baca lagi : 5 Punca Rambut Gugur

Selain itu tekanan psikologi yang teruk contohnya tekanan hidup yang menyebabkan diri menjadi kemurungan seperti kematian insan yang disayangi juga boleh memberi kesan tidak elok kepada diri seseorang manusia.

stress punca botak-01

Tekanan yang keterlaluan boleh membawa kepada Telogen Effluvium yang boleh membawa kepada keguguran rambut yang serius.

Selain itu, tekanan juga boleh mejejaskan keseimbangan hormon serta perjalanan darah menjadi kurang baik pada kulit kepala.

Baca lagi : Kenali Teknik Tanam Rambut

Jadi, sebaiknya kita belajar mengawal emosi diri apabila terdapat sesuatu tekanan dalam kehidupan. Tekanan yang keterlaluan nyata memberikan kesan yang tidak elok untuk tubuh badan termasuklah untuk rambut kita.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply