fbpx

5 Punca Rambut Gugur Bagi Wanita. Nombor 3 Adalah Normal.

punca rambut gugur

Sumber gambar : Google

Rambut gugur adalah dikira normal sekiranya dalam lingkungan 50-100 helai sehari. Namun rambut gugur dalam kauntiti yang sangat banyak adalah tidak normal.

Rambut gugur dalam kuantiti yang banyak juga boleh menyebabkan emosi terganggu.Terasa seperti seolah-olah bakal botak dan ini menjadikan rambut seseorang kelihatan nipis dan tidak menarik.

Lebih-lebih lagi apabila hampir setiap masa rambut kelihatan penuh di lantai walaupun baru sahaja dibersihkan. Sebenarnya terdapat beberapa faktor rambut mudah gugur.

Jom kita lihat 5 faktor penyebab rambut gugur bagi kaum wanita.

Baca lagi : Atasi Kebotakan Dengan Kaedah Tanam Rambut

#1- STRESS KETERLALUAN

punca rambut gugur-01

Sumber gambar : medibank.com

Stress keterlaluan boleh menyumbang terhadap rambut gugur. Oleh itu penting untuk mengawal stress agar tidak memberi kesan terhadap emosi dan fizikal anda termasuklah dalam soal rambut.

#2- GAYA PEMAKANAN

Makan makanan yang berkhasiat juga menyumbang terhadap kesihatan dan kecantikan rambut. Sumber gambar : pixabay

Pemakanan juga boleh memberi kesan terhadap kulit kepala dan rambut. Makan makanan yang berkhasiat agar rambut juga mendapat manfaat darinya. Klik di sini untuk mengetahui makanan yang baik untuk rambut, 9 Makanan Yang Baik Untuk Rambut.

#3- BARU MELAHIRKAN ANAK

punca rambut gugur-03

Sumber gambar : aeroflowinc.com

Selepas bersalin, kebanyakan wanita akan mengalami masalah rambut gugur. Ada yang serius, namun mungkin ada yang kurang serius.

Tidak perlu terlalu risau kerana ia cuma melibatkan perubahan hormon dan ia selalunya akan pulih. Ia normal dan sering berlaku dalam kalangan wanita yang baru melahirkan anak.

Namun sekiranya semakin teruk dan berlanjutan terlalu lama sila dapatkan nasihat doktor.

#4- SYAMPU YANG TIDAK SESUAI

punca rambut gugur-04

Sumber gambar : Google

Penggunaan syampu yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan rambut menjadi gugur. Pastikan produk yang anda gunakan adalah sesuai dengan kulit kepala dan rambut anda.

#5- MENGIKAT RAMBUT/MENARIK TERLALU KUAT

punca rambut gugur-05

Sumber gambar : Google

Tabiat mengikat rambut atau menarik rambut dengan kuat boleh menyebabkan akar rambut menjadi lemah seterusnya menyebabkan rambut menjadi semakin gugur. Oleh itu elakkan mengikat rambut terlalu ketat atau menariknya dengan terlalu kuat.

Baca lagi : Hair Transplant Bantu Selesaikan Masalah Botak dan Nipis

Rambut gugur yang keterlaluan boleh menyebabkan botak dan rambut nipis. Oleh itu penting untuk mengetahui punca rambut gugur agar kita dapat mengelakkan serta mengatasi masalah ini.

Namun sekiranya rambut  terus gugur dalam kuantiti yang banyak sehingga mengakibatkan botak sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor.

Klik Untuk Pertanyaan Hair Transplant

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

 

Leave a Reply