fbpx

5 Sebab Rambut Lelaki Menjadi Gugur Seterusnya Berisiko Untuk Botak

Lelaki juga menghadapi masalah keguguran rambut seperti wanita. Malah adakalanya masalah rambut gugur lelaki lebih teruk dari wanita sehingga boleh menyebabkan kebotakan berlaku. Jom kita lihat 5 faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut dalam kalangan lelaki.

#1- KURANG ZAT

masalah rambut lelaki gugur-01

Makan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan rambut.

Kekurangan zat atau vitamin boleh menyebabkan masalah keguguran rambut dalam kalangan lelaki. Salah satunya ialah kekurangan zat besi dalam badan.

Oleh itu individu yang mengalami masalah keguguran rambut ini perlu menjaga pemakanan dan elakkan juga junk food yang tidak sihat untuk tubuh dan rambut.

Lebihkan makanan yang berkhasiat dan mengandungi zat besi dan vitamin lain, contohnya bayam, brokoli dan kacang badam.Klik di sini untuk mengetahui contoh makanan yang baik untuk rambut, 9 Makanan Yang Baik Untuk Rambut.

#2- GENETIK

Genetik juga menyumbang terhadap masalah rambut gugur dalam kalangan lelaki. Sekiranya ibu atau ayah anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius maka anda juga berpotensi dan berisiko untuk menghadapi masalah sedemikian.

#3- KIMOTERAPI

Kimoterapi juga boleh menyebabkan rambut gugur dengan kadar yang banyak. Hal ini kerana kimoterapi boleh menyebabkan kerosakan sel-sel folikel rambut di kulit kepala dan seterusnya menyebabkan folikel tersebut tidak dapat menghasilkan rambut baru. Namun kebiasaannya keguguran rambut disebabkan kimoterapi hanyalah sementara.

#4- HORMON DHT

rambut gugur lelaki-04

Sumber gambar : Shutterstock

Hormon Dihydrotestosterone (DHT) juga merupakan penyebab terhadap keguguran rambut dalam kalangan kaum lelaki, Hormon DHT menganggu akar rambut dan ini akan menyebabkan akar rambut gagal menyerap nutrisi dari kulit kepala.

#- BAHAN KIMIA BERLEBIHAN

masalah rambut lelaki gugur -05

Gunakan syampu yang bersesuaian dengan rambut untuk mengelakkan masalah keguguran rambut.

Penggunaan bahan kimia berlebihan ke atas rambut seperti penggunaan syampu yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan rambut menjadi gugur.

Baca lagi : 5 Punca Rambut Gugur Bagi Wanita. Nombor 3 Adalah Normal.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply