fbpx

Ketahui 5 Punca Yang Mengakibatkan Rambut Gugur dan Botak

punca rambut gugur dan botak-01

 

Ada lelaki yang sememangnya mengemari gaya kepala botak, dianggap sebagai fesyen yang kelihatan cool namun sebenarnya ramai kaum lelaki yang lebih tertekan dengan kulit kepala yang semakin menipis. Rambut yang semakin menipis apatah lagi tidak sekata, ada kawasan yang berambut ada yang tidak, pasti akan menjejaskan imej dan ketrampilan diri seseorang lelaki. Bagi lelaki muda pasti akan bertambah tertekan dan rendah diri kerana botak boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan tua dan nampak lebih berusia dari umur yang sebenar. Apakah sebenarnya punca botak? Botak boleh bermula daripada masalah rambut gugur yang kronik. Berikut ialah antara punca berlakunya masalah rambut gugur sehingga mengakibatkan masalah botak.

Baca lagi : Ketahui Petua Menarik Penjagaan Rambut.

#1- MASALAH HORMON DHT

punca rambut gugur dan botak-02

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan botak, namun antara yang dominan adalah ia disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon Dihydrotesterone (DHT). Hormon DHT ini dihasilkan di bahagian adrenal dan merupakan hormon seks bagi lelaki. Semua lelaki menghasilkan hormon ini.

Untuk konteks keguguran rambut, hormon DHT boleh menganggu akar rambut dan apabila ini berlaku, akar rambut akan gagal menyerap nutrisi daripada kulit kepala dan seterusnya akan menyebabkan rambut tidak sihat dan mudah gugur.

#2- FAKTOR GENETIK

punca rambut gugur dan botak-03

Faktor genetik juga memainkan peranan terhadap masalah rambut botak. Sekiranya terdapat daLam kalangan ibu ayah atau saudara terdekat anda yang menghadapi masalah yang sama, kemungkinan besar anda juga akan mengalami masalah yang sama juga. jadi perhatikan sekeliling anda, adakah ada antara saudara mara terdekat anda kebanyakannya botak?

#3- BAHAN KIMIA YANG BERLEBIHAN

punca rambut gugur dan botak-04

Penggunaan bahan kimia yang berlebihan juga menyumbang terhadap keguguran rambut. Mereka yang cenderung menggunakan bahan kimia yang berlebihan seperti kerap mewarnakan rambut dan meluruskan rambut terdedah kepada risiko rambut gugur yang kronik sehingga mengakibatkan botak.

#4- GEMAR MENARIK RAMBUT SECARA KUAT

punca rambut gugur dan botak-05

Tabiat menarik rambut secara kuat juga boleh menyebabkan akar rambut menjadi lemah dan rambut akan mudah gugur. Oleh itu elakkan menarik rambut sekuat hati terutama apabila ingin mengikat rambut atau ketika sedang mencuci rambut ya?

#5- JARANG CUCI RAMBUT ATAU TERLALU KERAP CUCI

punca rambut gugur dan botak-06

Sekiranya rambut terlalu kerap dicuci ia boleh menyebabkan lapisan minyak semulajadi terhapus di atas kulit kepala. Terdapat lapisan minyak semulajadi bagi kulit kepala yang sihat. Sekiranya terlalu jarang dicuci pula ia boleh menyebabkan minyak jadi bertompok pada bahagian folikel sehingga menghalang rambut daripada tumbuh. Jadi, basuh rambut secara sederhana dan seimbang ya.

Baca lagi : Penjagaan Rambut Cara Mudah

Sebenarnya, penjagaan rambut yang betul boleh mengelakkan masalah ini daripada berlaku. Peliharalah rambut dengan baik kerana itu juga merupakan sebahagian aset untuk penampilan kita.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply