fbpx

Ketahui Senarai Selebriti Dunia Yang Pernah Melakukan Hair Transplant.

Penampilan memainkan peranan yang sangat penting lebih-lebih lagi bagi bintang yang terkenal dalam bidang masing-masing. Rambut juga merupakan sebahagian daripada penampilan yang harus dijaga. Tahukah anda bahawa terdapat ramai dalam kalangan bintang terkemuka dunia melakukan hair transplant untuk menjaga imej dan penampilan masing-masing? Antara berikut ialah senarai sebahagian daripada selebriti dan pemain bola sepak terkenal  yang pernah melakukan proses tanam rambut atau lebih dikenali sebagai hair transplant. Jom kita saksikan senarainya.

#1-WAYNE ROONEY

selebriti yang pernah melakukan hair transplant-wayne rooney

Sumber gambar : www.mirror.co.uk

Pemain bola sepak terkenal ini melakukan hair transplant pada tahun 2011. Wayne Rooney sebelum itu mengalami masalah kebotakan pada bahagian kiri dan kanan kepala dan mengambil keputusan untuk menanam rambut pada bahagian berkenaan.

Baca lagi : 10 Fakta Unik Dan Mengagumkan Tentang Rambut

#2- ELTON JOHN

selebriti yang pernah melakukan hair transplant-elton john

Sumber gambar : babbletop.com

Penyanyi lagenda terkenal dari British ini juga pernah melakukan proses hair transplant. Fakta menariknya ialah Sir Elton John merupakan antara selebriti terkenal dunia terawal yang melakukan proses menanam rambut ini.

#3- GOVINDA

selebriti yang pernah melakukan hair transplant-govinda

Sumber gambar : starsunfolded.com

Govinda yang merupakan pelakon Bollywood yang terkenal sekitar tahun 80an dan 90an dan beliau juga pernah melakukan hair transplant. Beliau dilaporkan melakukannya pada tahun 2012. Apabila ditanya adakah rambut itu penting bagi seorang lelaki, jawabnya, “adakah rambut itu penting? Lelaki mana yang berkata ok dengan jumlah rambut yang sikit atas kepala?

#4- WES WELKER

selebriti yang pernah melakukan hair transplant-wes welker

Sumber gambar : www.cbssport.com

Pemain bola sepak terkenal Amerika ini dikenali dengan kejayaannya dalam sukan dan juga mempunyai rupa paras yang tampan. Beliau telah melakukan hair transplant pada musim panas sekitar tahun  2012.

#5- SALMAN KHAN

selebriti yang pernah melakukan hair transplant-salman khan

Sumber gambar : Youtube

Siapa yang tidak kenal pelakon terkenal Bollywood ni? Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Salman juga pernah melakukan hair transplant pada tahun 2007.

Baca lagi : Punca-punca Botak.

Ini adalah antara selebriti dan pemain bola terkenal dunia yang pernah melakukan proses hair transplant. Ramai lagi sebenarnya selebriti yang pernah melakukan hair transplant ni. Sebagai tambahan, mari kita lihat video di bawah ;

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

Leave a Reply