fbpx

Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Mental

tabiat menarik rambut

Kredit gambar : hairstyles.co

Adakah anda mempunyai tabiat suka menarik rambut atau ada individu di sesekeliling anda yang gemar menarik rambut? Perbuatan ini nampak biasa tapi hakikatnya ia termasuk dalam kategori petanda gangguan psikologi yang digelar trichotillomania.

Baca lagi : 5 Punca Rambut Gugur dan Botak

#APA ITU TRICHOTILLOMANIA

Pesakit trichotillomania mempunyai keinginan yang sukar untuk diberhentikan iaitu kerap menarik rambut dengan kuat.

Dari sudut psikologi pesakit trichotillomania merasa ketagih dengan tabiat menarik rambut walaupun mereka sedar akan kemudaratan tabiat menarik rambut berkenaan.

Mereka tiada motif apa-apa cuma apabila menarik rambut berkenaan mereka akan berasa puas dan lega. Namun tidak lama kemudian, mereka akan berasa bersalah pula.

#SIMPTOM

Antara simptom trichotillomania ialah walaupun menyedari bahagian kulit kepala semakin botak, mereka tetap meneruskan aktiviti menarik rambut, sukar menghentikan tabiat ini walaupun beberapa kali mencuba, memiliki kelakukan suka memeriksa rambut dari akar, memintal-mintal rambut dan bagi tahap yang agak kronik, akan mengunyah bahagian folikel iaitu lapisan yang terdapat bawah rambut.

Mereka tidak mempunyai sebarang penyakit kulit atau bawah ubatan cuma tabiat itu sukar dihentikan.

#PUNCA

Sehingga kini punca sebenar kenapa terjadinya trichotillomania masih belum diketahui tetapi ada yang berpendapat tabiat ini berpunca daripada tekanan yang di alami oleh seseorang.

Baca lagi : 5 Perkara Menarik Tentang Rambut

Ada yang mempunyai tabiat ini? Mungkin anda perlu bertindak untuk mengatasinya sebelum rambut anda semakin nipis yang akhirnya membawa kepada botak.

Rujukan dari : SirapLimau

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply