fbpx

Hair Transplant Bantu Selesaikan Masalah Botak dan Rambut Nipis

Dapatkan kembali rambut lebat melalui kaedah hair transplant. Gambar hiasan, sumber dari Google

Ada individu terutamanya lelaki yang mempunyai masalah rambut nipis sehingga kulit kepala menjadi hampir botak. Ini adalah sesuatu yang merungsingkankan lebih-lebih lagi jika anda bekerja dalam bidang yang memerlukan anda menjaga penampilan.Namun sebenarnya ada penyelesaian untuk mengatasi masalah ini melalui kaedah klinikal. Teknik ini dipanggil hair transplant atau teknik menanam rambut.

Baca lagi : 5 Atlet Dunia Yang Pernah Melakukan Transplant Rambut.

Pakar estetik dari Dr. Shah Hair Clinic, Dr. Shah menerangkan bahawa terdapat dua jenis teknik dalam kaedah hair transplant ini.

Teknik pertama ialah teknik Follicular Unit Transplant Surgery (FUT). Teknik ini merupakan teknik pembedahan di mana doktor akan melakukan sedikit pembedahan kulit di bahagian kepala untuk mengambil rambut. Melalui teknik ini doktor akan mengambil sedikit kulit kepala, bergantung kepada berapa banyak rambut yang diperlukan. Selepas siap semuanya, doktor akan menjahit kembali bahagian tempat rambut dan kulit kepala yang telah diambil.

Teknik kedua ialah teknik tanpa pembedahan(FUE). Teknik ini ada ditawarkan di klinik beliau. Teknik ini tidak melibatkan sebarang pembedahan kulit kepala sebaliknya doktor hanya akan mengambil satu persatu rambut untuk di tanam ke bahagian kulit kepala yang botak. Kawasan tempat rambut berkenaan diambil akan meninggalkan lubang-lubang kecil, tapi jangan risau kerana ia akan tertimbus semula dalam lingkungan 5-7 hari.

Baca lagi : Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Mental

Ini adalah dua jenis teknik yang digunakan dalam hair transplant. Semoga penerangan ini membantu untuk memberikan sedikit gambaran tentang kaedah hair transplant ini. Dan jangan lupa dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda berhasrat untuk melakukan kaedah menanam rambut untuk mendapatkan penerangan yang lebih mendalam tentang cara ini.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

 

Leave a Reply