fbpx

Ini Tips Penjagaan dan Langkah Mengatasi Masalah Rambut Kering

tips merawat rambut kering

Sumber gambar hiasan : Google

Rambut kering merupakan salah satu masalah rambut yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu tidak kira lelaki atau wanita. Rambut kering boleh membuatkan imej dan penampilan seseorang terjejas.

Selain itu masalah rambut kering juga membuatkan rambut kelihatan kusut dan kusam. Oleh itu penting untuk kita menjaga dan mengatasi rambut kering ini.

Untuk artikel kali ini kita akan melihat 3 cara bagaimana untuk menjaga dan merawat rambut kering agar kelihatan lebih baik.

Baca lagi : 5 Punca Rambut Gugur Bagi Wanita

#1- GUNAKAN PERAPI

Perapi dapat membantu rambut kelihatan lebih lembap, rapi dan terurus. Oleh itu pastikan anda memakai perapi sebelum mencucinya dengan syampu. jangan tinggalkan perapi dalam jagaan rambut.

#2- MENCUCI RAMBUT DENGAN TERATUR

Bagi anda yang mempun yai masalah rambut kering ini tidak digalakkan untuk mencuci rambut yang terlalu kerap sehingga menyebabkan minyak semulajadi pada rambut anda terhakis. Cukuplah anggaran dalam kadar 3 kali cuci sahaja seminggu.

#3- HINDARI PENGERING RAMBUT

Bagi anda yang kerap menggunakan pengering rambut sebaiknya berhenti dahulu mengeringkan rambut dengan cara menggunakan alat itu. Terlalu kerap menggunakan hair dryer boleh membuatkan rambut anda rosak dan seterusnya kelihatan kering dan kusam.

Baca lagi : 5 Sebab Tidak Boleh Tidur Dengan Rambut Basah

Rambut kering boleh dirawat dan diatasi sekiranya anda betul-betul mengambil berat soal penjagaannya. Semoga anda yang mempunyai masalah rambut kering dapat mengatasi masalah rambut berkenaan dan seterusnya memiliki rambut yang sihat dan menawan.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

Leave a Reply