fbpx

Transplantasi Bulu Kening Selesaikan Masalah Bulu Kening Nipis

transplant bulu kening

Sumber : wordpress.com

 

Selain rambut, kening juga menjadi aset untuk individu yang menjaga penampilan. Hal ini demikian kerana bentuk kening memainkan peranan penting dalam imej seseorang. Bentuk kening yang lebat dan kemas dapat mencantikkan lagi penampilan. Wanita merupakan golongan yang begitu mengambil berat tentang wajah mereka termasuklah soal bulu kening. Bulu kening juga menjadi satu fokus dalam merias diri.

Baca lagi : Atasi Kebotakan Dengan Kaedah Tanam Rambut

Namun ada dalam kalangan individu yang mengalami masalah penipisan bulu kening. Dari istilah perubatan, penipisan bulu kening di gelar sebaga Madarosis Superciliary yang berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud botak. Ada juga sesetengah daripada kita mengalami masalah bulu kening yang hampir tiada kelihatan.

PUNCA PENIPISAN BULU KENING

Antara punca yang menyebabkan bulu kening menjadi semakin nipis ialah ketidakseimbangan hormon, kekurangan zat makanan, alergik, tindakbalas terhadap ubat dan juga gangguan auto imun.

Bagi mengalami masalah ini, selain melukis kening untuk menutup kekurangan yang ada anda juga sebenarnya mempunyai pilihan lain yang lebih baik. Selain transplantasi rambut, bulu kering juga boleh di rawat melalui kaedah ini.

TRANPLANTASI BULU KENING

Transplantasi bulu kening merupakan satu prosedur untuk menyelesaikan masalah bulu kening yang tipis dan ia mampu memberikan kesan semulajadi berbanding menutup kekurangan bulu kening berkenaan dengan pensel.

Kaedah ini dapat membuatkan bulu kening yang ditanam di atas permukaan kulit kening itu hidup secara semulajadi. Ia menggunakan konsep yang sama seperti proses tanam rambut. Jadi konsep tanam ini akan membuatkan bulu kening kelihatan semulajadi berbanding menutup kekurangan kening dengan melukis menggunakan pensel kening.

Baca lagi : 5 Perkara Menarik Tentang Rambut

Oleh itu bagi yang mempunyai masalah bulu kening, anda boleh memilih untuk melakukan kaedah transplant bulu kening untuk mengatasi masalah ini untuk jangka masa yang panjang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses tanam bulu kening oleh pakar estetik ini boleh klik di sini untuk sebarang pertanyaan, Transplant Bulu Kening by Dr. Shah Hair Restoration.

Suka dengan artikel tentang RAMBUT? LIKE dan SHARE di Facebook. Sekiranya inginkan artikel secara percuma dari kami, sila lengkapkan EMEL di bawah.

 

 

Leave a Reply